Fauziah Gous kena sekolah dengan netizen, “tutup dada, bukan lilit leher”

Fauziah Gous kena sekolah dengan netizen, “tutup dada, bukan lilit leher”. Baru-baru ini, nama pelakon Datin Fauziah Gous menjadi bualan warganet gara-gara memuat naik satu video menari di platform TikToknya.

Hal yang menjadi bualan warganet apabila tudung yang dipakai oleh Fauziah terangkat hingga menampakkan sebahagaian inner baju seakan-akan warna kulitnya.

Biarpun ada membuat spekulasi itu adalah sebahagian kulit pelakon terbabit, tetapi ada juga netizen mempertahankan Fauziah dengan menjelaskan itu adalah inner bajunya.

Fauziah Gous kena sekolah dengan netizen, "tutup dada, bukan lilit leher"

Walaupun ada yang mempertahankannya, netizen tetap dengan pendirian merasakan isu itu timbul kerana kesalahan pelakon itu memakai tudung sedemikian.

Menurut netizen, seandainya dia memakai tudung mengikut panduan Islam yang sebetulnya, fitnah sedemikian tidak akan berlaku.

komen netizen

Bukan itu saja, netizen turut menegur bahawa tidak sesuai untuk seorang wanita yang sudah bergelar ibu dan berhijab melakukan trend-trend seperti itu.

@fouziahgousMmm ada banyak lagu intrend , from my acc tak boleh guna link offcial 😢. Finally ada staff rajin ye nak buatkan 🤭♬ original sound – FouziahGous

BACA:

Ayda Jebat buka mulut soal bayaran tinggi buat show, “semua buat sendiri tau!”

Klinik gigi kena samun dengan lelaki berparang

Dakwaan LGBT: Anwar saman pemimpin Pas