Fatin Afeeda luah perasaan digelar ‘kereta terpakai’

Fatin Afeeda luah perasaan digelar ‘kereta terpakai’. Perceraian bukan sesuatu yang mudah bagi wanita apatah lagi ramai yang memandang serong dengan gelaran janda. Itulah yang dilalui oleh pelakon Fatin Afeefa apabila sering menerima tohmahan negatif daripada orang ramai.

Menerusi sesi live di TikTok baru-baru ini, pelakon itu mendedahkan dia menerima pelbagai gelaran dan kata-kata hinaan sejak bercerai lima tahun lalu serta mengakui sedih apabila orang mengata tentang dirinya.

“Sejak bergelar ibu tunggal sejak lima tahun lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada.

“Siapa yang tidak sedih, walaupun sayalah wanita yang menuntut cerai tetapi orang tetap mengata mengenai saya,” katanya.

Menurut ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu lagi, padangan negatif terhadap golongan janda selalunya dilemparkan oleh kaum lelaki.

Fatin Afeeda luah perasaan digelar ‘kereta terpakai’

Bagaimanapun, Fatin memberikan kata-kata semangat buat golongan sepertinya supaya tidak sedih dengan gelaran tersebut kerana ia bukannya perkara hina.

“Selalunya orang yang mengutuk itu ialah segelintir golongan lelaki yang suka mengawal perempuan tetapi tidak dapat, sebab itu mereka merendah-rendahkan janda.

“Ada sesetengah wanita anggap lebih mula kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia daripada jadi janda. Saya memilih untuk menjadi janda sebab saya ingin kejar kebahagiaan begitu juga untuk anak-anak. Tidak hina pun status janda ini dan jangan sesekali rasa sedih dengan perkara tersebut,” katanya.

Difahamkan, Fatin menjawab persoalan netizen yang bertanyakan bagaimana pelakon itu menghadapi pandangan negatif selepas bergelar ibu tunggal.

Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahzpada tahun 2013 namun bercerai pada 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Ivy Herra Sophia.

BACA:

Ini 7 kejayaan Khairulaming yang boleh dijadikan contoh

Kak lina koyak semasa pembukaan Gegar Vaganza, ini puncanya

Ibu nampak something dalam CCTV bilik tidur anak, undang sebak!