Erra Fazira sudah kahwin dengan usahawan bertaraf jutawan?

Erra Fazira sudah kahwin dengan usahawan bertaraf jutawan?. Sebenarnya, bukan sekali dua khabar angin mengenai aktres cantik ini bertebaran. Kalau tak kahwin, dikatanya bakal berkahwin. Paling tidak pun, Erra terpalit dengan dakwaan jadi kekasih si polan atau si polan. Entah iya, entah tidak.

Pening Cik Bunga nak percaya yang mana satu. Tak payah kata kita, tuan empunya badan pun rasanya dah lebih daripada pening. Tak larat nak melayan macam-macam desas-desus pasal diri agaknya.
Mungkin benarlah kata orang, dugaan orang cantik dan popular. Begitulah.

Yang terbaru Cik Bunga dengar, Erra kononnya sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan bertaraf jutawan tanah air. Cuma, perkara itu tidak dicanang-canang kepada umum atas beberapa faktor.

Cik Bunga dengar juga, lelaki itu memiliki kekayaan luar biasa. Setakat ada jet peribadi sendiri, apalah sangat. Itu yang kita dengarlah. Cik Bunga pun tak minta untuk pembaca percaya dengan apa yang disampaikan.

Tapi kalau betul Erra dah berkahwin, Cik Bunga percaya dia tak akan sorok-sorok. Selama ini pun, dia profesional dalam kerjayanya dan bila berdepan dengan rakan-rakan media, dia sangat mudah bekerjasama.

Erra Fazira sudah kahwin dengan usahawan bertaraf jutawan?

Tak mungkinlah Erra nak sembunyikan perkara baik seperti itu. Kalau iya pun, mungkin agaknya tunggu masa sesuai untuk maklumkan kepada semua.

Satu lagi, kalau betul Erra sudah berkahwin pun, Cik Bunga rasa tiada salahnya. Dia pun sudah lama hidup jadi ibu tunggal. Lumrah seorang wanita, sekurang-kurangnya kalau ada suami di sisi, boleh jadi pelindung dan penjaga.

Tolak tepilah soal rasa sunyi di hati, biar empunya diri yang lebih tahu. Apa yang penting, kalau dah berkahwin, mungkin Erra pun lebih rasa selamat. Tak diganggu oleh mana-mana lelaki bermisai kucing yang mahu ambil kesempatan.

Kita doakan saja yang baik-baik. Betul tak? Tunggu sajalah mana tahu Erra nak beri penjelasan tentang hal ini…

BACA:

Ibu luah rasa kecewa anak dipaksa makan sosej babi di sekolah

Harga durian bakal jatuh menjunam, pensyarah ini tunjuk kronologi

Khalid sanggah Mahathir, kalau tak mahu Anwar bukan khemah besar lagi