Elfira Loy kongsi ‘moment’ lahirkan anak kedua sekali lain pula netizen perasan

Elfira Loy kongsi ‘moment’ lahirkan anak kedua sekali lain pula netizen perasan. Pelakon tanah air, Elfira Loy yang selamat melahirkan anak keduanya iaitu Nur Aria Mikayla pada 20 Mei lalu dan baru-baru ini berkongsi saat dirinya berada di wad bersalin semasa ingin melahirkan puteri tersayang.

Kongsi tips bersalin

Video yang dimuat naik oleh Elfira sendiri menerusi akaun TikToknya itu memperlihatkan momen dia melahirkan Aria Mikayla selepas ramai yang meminta tips bersalin.

Elfira turut menjelaskan bahawa dia mengambil epidural untuk percepatkan bukaan sekaligus memudahkan urusan bersalin kerana semasa melahirkan anak sulungnya sebelum ini, dia terpaksa menahan sakit selama berhari-hari tetapi bukaan masih 2cm.

Bila bukaan dah hampir 6cm, El dah kurangkan dosage for epidural sebab kesan dia untuk El kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas.

Elfira Loy kongsi 'moment' lahirkan anak kedua sekali lain pula netizen perasan

Boleh tersenyum semasa meneran

Sementara itu, ramai yang memberikan komen di video tersebut selepas melihat cara Elfira meneran bayi dengan memuji dirinya yang masih boleh kekal tenang malah boleh tersenyum semasa melahirkan anak. Siap ada yang cemburu lagi Elfira tetap nampak cantik…

Weh dia tengah training atau memang dalam labor room tu Tenang and relaks betul cara dia. Nak semangat macam tu juga!

Apa rahsia dia boleh tenang je eh? Kalau aku tu, dah bising satu wad dengan suara aku je.

Jelas Elfira, antara sebab dirinya masih tenang malah boleh tersenyum adalah kerana dia merasakan sendiri waktu yang sesuai dan mengagak sekuat mana untuk meneran bayi selepas mendapat bantuan dari bidan hospital. Haa, tak pasal-pasal semua nak bersalin tempat yang sama dengan El…

Komen netizen

Video

@elfiraloynurariamikayla Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife el Puan Sharifah. From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife el explain what to do before push. El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah♬ original sound – Elfira Loy

BACA:

Lelaki ini diterima berlakon dalam siri CSI selepas dia melakukan ini…

‘Simpan sikit-sikit, lama-lama dimakan anai-anai’, wanita ini terkedu wang di makan anai-anai

Ibu dedah punca kejadian kakak tikam adik