Ebit Lew cari gudang untuk tempatkan anjing dan kucing terbiar

Ebit Lew cari gudang untuk tempatkan anjing dan kucing terbiar

Doakan ya. Ada seminggu lagi 300 ekor anjing dan 130 kucing tiada tempat tinggal tetap lagi. Saya nak sponsor gudang atau belikan tanah untuk semua anjing dan kucing ini.

Saya tengah cari gudang atau tanah area Alor Setar.

Kasihan tengok 300 ekor anjing dan 130 kucing. Mak Intan baru je meninggal dunia minggu lepas kerana kanser. 30 tahun kutip anjing dan kucing sakit. Ubati, beri makan, dan tempat tinggal.

Ramai yang hantar pada mereka. Kini seminggu Mak Intan dah tiada anaknya menyambung usaha ibu bapa mereka. Beri makanan untuk anjing dan kucing ini.

Tanah ini akan diambil kembali untuk pembangunan 21 Feb ini. 7hari lagi. Bandaraya ada bagi kawasan untuk disewa bagi tempoh 6bulan ditempat lain dengan syarat tertentu.

Tadi berbincang dengan keluarga arwah Mak Intan. Baik anak-anak Mak Intan. Terpilih buat kerja begini. Dah lewat petang. Saya nak sponsor tempat bagi semua anjing dan kucing ini.

Terima kasih semua yang menyokong perjuangan Mak Intan dan keluarga. Terima kasih semua pimpinan masyarakat dan masyarakat sekitar.

COMMENTS