’Eating Mask’ pelitup muka ciptaan terbaru saintis untuk mudahkan makan dan minum

’Eating Mask’ pelitup muka ciptaan terbaru saintis untuk mudahkan makan dan minum

Para saintis di Mexico telah menghasilkan penutup khusus hidung yang direka untuk membantu orang ramai bagi melindungi diri dari Covid-19 semasa mereka makan dan minum.

Seperti kebanyakan penutup muka di pasaran, penutup hidung yang digelar sebagai ‘eating mask’ ini mempunyai dua tali untuk diikat di belakang telinga dan hanya menutupi hidung pemakai.

Sebuah video yang dimuat naik oleh media Reuters tuurt menunjukkan seorang wanita dan seorang lelaki di Mexico menggunakan penutup hidung sambil duduk di luar bagi menikmati makanan dan minuman.

Masing-masing sebelum itu mengeluarkan penutup mulut dan hidung biasa yang dipakai sebelum mengeluarkan satu lagi penutup hidung yang dipakai di dalam.

Lelaki berkenaan makan dengan biasa sambil memakai penutup hidung sementara wanita tersebut meneguk minuman. Mereka kelihatan santai dan tidak terganggu.

Kebiasaannya, negara yang mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung membenarkan orang ramai untuk membukanya ketika makan dan minum di luar.

Tetapi selepas ini, mungkin sahaja inovasi penghasilan penutup hidung oleh para saintis di Mexico ini akan diguna pakai oleh negara lain bagi mengekang penularan Covid-19 di tempat awam secara lebih ketat.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/03/26/saintis-cipta-penutup-hidung-direka-khas-untuk-makan-bendung-penularan-covid-19/?fbclid=IwAR1uP_OWK_B68Iru7WdtkVdsf3YANCnsCOCfJQfWfmvfLnjtaubXAzdfzBU

COMMENTS