DUN Perak sah bubar

DUN Perak sah bubar. Selepas hampir seminggu penantian penuh debar, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhirnya dibubarkan berkuat kuasa Isnin.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Tapah selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen, 10 Oktober lepas.

DUN Perak sah bubar

Perak mengikut jejak dua lagi negeri ditadbir kerajaan BN iaitu Perlis dan Pahang yang membuat keputusan membubarkan DUN masing-masing pada Khamis dan Jumaat lalu.

Perak sebelum ini menjadi satu-satunya negeri ditadbir oleh BN yang belum mendapat perkenan sultannya bagi pembubaran DUN.

Dewan Negeri Perak diwakili oleh 59 kerusi DUN.

AKAN MENYUSUL

BACA:

Ini cara mudah tanam pokok sup yang ramai nak tahu..

‘Ini rahsia Muhammad Bilal’, dedah Neelofa

Berbaloi 5 tahun tunggu Datuk M Nasir, ini rupanya yang ditunggu