Dulu viral jaga suami lumpuh sampai sihat, ‘Saya tak kuat pertahankan’, ini puncanya

Dulu viral jaga suami lumpuh sampai sihat, ‘Saya tak kuat pertahankan’, ini puncanya. Lebih 91 hari terlantar koma sehinggalah turut hampir kehilangan ingatan, kisah seorang suami yang dijaga isteri bernama Siti Rohayu atau Ayu dahulunya pernah menjadi perhatian ramai. Mana taknya, wanita itulah yang paling setia bersama dan tak pernah give up untuk melihat pasangannya itu sembuh seperti sedia kala.

Kini suami dah hampir pulih sepenuhnya…Tapi dah tiada gambar bersama

Siapa sangka kini wanita itu mampu tersenyum tatkala melihat Muhammad Ridhwan Mohd Zaki sudah pun hampir pulih sepenuhnya. Malah sempat tular sebelum ini rakaman ketika lelaki tersebut sakan bernyanyi membuktikan rasa sayang dan cintanya kepada isteri. Walau bagaimanapun, terkini melalui tinjauan sudah tidak ada lagi gambar atau video si suami di mana-mana media sosial milik Ayu.

Dulu viral jaga suami lumpuh sampai sihat, 'Saya tak kuat pertahankan', ini puncanya

Maafkan Umy semua, sebab tak mampu nak jadi insan kuat untuk teruskan dan pertahankan

Menerusi satu posting di Facebook, Ayu sempat memuat naik status beri bayangan seakan-akan sedang dalam proses berpisah dengan pasangannya itu. Jelas wanita tersebut, meskipun berat namun dia akui sudah cukup penat psikologi dan juga fizikal untuk mempertahankan rumah tangga berkenaan. Biarlah kini anak-anak dan juga diri sendiri menjadi keutamaan.

Allah kenapa bila Abiy dah sihat baru jadi begini…Entah di mana silapnya orang melihat kesilapan umi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dan juga terkejut saat mengetahui perkembangan terbaru pasangan suami isteri berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan dua zuriatnya.

@mummy_beauty bila kau sedih aku pun sedih😭mummy fllow sampai pintu bicara😘#fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ original sound – 🇮🇩AISYAH LAMPUNG🇸🇬 – 🇮🇩AISYAHLAMPUNG🇸🇬

BACA:

Program SAVE 3.0 RM400 kredit shopee, ini cara claim

Ini punca utama ‘scammer’ berleluasa di Malaysia

Nad Zainal akhirnya bersuara isu bercuti ke Bali bersama Ungku Ismail