Duda dan isteri orang disyaki bersekedudukan 7 bulan

Duda dan isteri orang disyaki bersekedudukan 7 bulan. Seorang wanita masih berstatus isteri orang, ditahan bersama seorang duda kerana disyaki berkhalwat, dalam serbuan di sebuah rumah di Serkam, di sini, Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 7.00 malam, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) turut menahan anak wanita itu yang berada di rumah dengan pasangan terbabit.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, berkata pasangan berusia 50-an dan anak wanita terbabit yang juga remaja perempuan berusia 16 tahun, ditahan dalam Operasi Sentuhan Kecundang.

Ketika serbuan, beliau berkata, ada tiga individu di dalam rumah itu, dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita dan lelaki dewasa terbabit bukan pasangan mahram, selain gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan.

“Selepas disoal siasat, pasangan itu mengaku mereka bukan suami isteri, manakala anak wanita terbabit mendakwa lelaki itu bakal ayahnya.

Duda dan isteri orang disyaki bersekedudukan 7 bulan

“Wanita itu turut mendakwa ditinggalkan suami sejak tujuh bulan lalu, dan sudah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah,” katanya.

Che Sukri berkata, lelaki terbabit pada awalnya memberi alasan ke rumah wanita itu untuk membaiki kenderaan, namun hasil pemeriksaan lanjut menemui pakaiannya di dalam bilik dan ruang tamu rumah berkenaan.

“Penguat kuasa JAIM melakukan risikan sejak beberapa minggu lalu, malah berdasarkan aduan diterima, pasangan itu didakwa sudah tinggal bersekedudukan selama kira-kira tujuh bulan tetapi pergerakan mereka dikatakan agak licik,” katanya.

Mengulas lanjut, Che Sukri berkata, kesemua mereka kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut mengikut bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

BACA:

Kehadiran ribuan penyokong Malaysia buat pengurus Thailand risau

Bahaya apabila agama Islam ditukar jadi ideologi