Dua tahun sembunyi hubungan cinta, Lia Aziz dan Arash akhirnya berkahwin

Dua tahun sembunyi hubungan cinta, Lia Aziz dan Arash akhirnya berkahwin. Berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram (IG), Lia atau nama sebenarnya, Nur Aliah Farzana Abdul Aziz berkata, dia kini sudah bergelar isteri Arash.

Merahsiakan hubungan cinta, penyanyi lagu Kuca Kuca, Lia Aziz, 19, dan pemain gitar kumpulan Tree Hill, Arash Azimi Anuar, 24, akhirnya bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Al Amin, Puchong.

Semalam, Lia berkongsi gambar pada majlis pertunangan yang berlangsung pada 22 Januari lalu. Menerusi hantaran dalam IG, Lia memohon peminat mendoakan urusan majlis perkahwinan dipermudahkan, semalam.

“Alhamdulillah, satu langkah ke depan. Enam bulan lalu, bertunang. Semoga Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya,” tulisnya.

Bagaimanapun, usaha BH Online menghubungi Lia untuk mendapatkan komen lanjut gagal apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.

Dua tahun sembunyi hubungan cinta, Lia Aziz dan Arash akhirnya berkahwin

Meninjau ke laman sosial suami, Arash belum memuat naik apa-apa perkembangan.

Terdahulu, Lia pernah berkongsi gambar bersama Arash dalam media sosial, namun, tidak pernah mendedahkan mereka bercinta dan mengikat tali pertunangan.

Dalam satu temubual, Lia memberitahu, cukuplah hanya orang terdekat sahaja mengetahui status sebenar hubungan mereka.

BACA:

“Setelah tak jadi menteri, saya kembali jadi pelanggan pihak polis” – Mat Sabu

Seluar jeans usia lebih 100 tahun, pernah dapat ‘offer’ RM1 juta

Duit sumbangan RM100,000 untuk Zamani masih tak terusik, ini penjelasan Pak Nil