Dua Pemuda kantoi hidup Mewah dengan hasil haram di berkas polis

Dua Pemuda kantoi hidup Mewah dengan hasil haram di berkas polis

Dua Pemuda kantoi hidup Mewah dengan hasil haram . Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di kawasan Felda sekitar daerah ini berikutan penahanan dua beradik yang disyaki menjadi dalang pada Isnin dan Selasa lalu.

Susulan penahanan lelaki berusia 40 dan 43 tahun itu, polis menemui dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan seberat lebih tujuh kilogram bernilai RM392,000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, turut dirampas ialah wang tunai lebih RM180,000 serta kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor bernilai RM210,000 dan tiga akaun bank dengan nilai simpanan sebanyak RM258,126.

Beliau berkata, nilai rampasan dadah dan sitaan harta disyaki hasil kegiatan haram itu mencecah RM1.04 juta.

“Suspek pertama ditahan dalam kenderaan Ford Raptor ketika diletakkan di tepi jalan selepas Plaza Tol Kuantan kira-kira jam 11.30 malam Isnin.

“Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Kotasas di sini sebelum menemui dadah tersebut.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui dadah jenis heroin dianggarkan seberat 4.18 kilogram (kg), selain syabu (1.314 kg), pil yaba (415.80 gram) dan eramin 5 (1.1 kg),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Jumaat.

Ramli berkata, pasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Pahang kemudian melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Felda Panching Utara di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam Selasa.

BACA: Warga emas maut ditikam ketika mahu solat Jumaat

COMMENTS