Dua pelancong berputih mata mahu bercuti di Langkawi

Dua pelancong berputih mata mahu bercuti di Langkawi

Dua pelancong berputih mata mahu bercuti di Langkawi.Dua pelancong wanita diarah berpatah balik ke Kuala Perlis sebaik tiba di Terminal Penumpang Kuah di sini semalam kerana mereka didapati belum cukup tempoh 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dua wanita berusia 25 dan 32 tahun yang datang bersama itu tiba di terminal feri penumpang di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kata beliau, pemeriksaan yang dilakukan di ruang ketibaan terminal feri tersebut mendapati mereka menerima dos kedua vaksin kira-kira 11 hari lalu.

 pelancong

“Status vaksin kedua-dua wanita terbabit kemudian dirujuk kepada pegawai perubatan yang berada di tempat pemeriksaan ketibaan penumpang.

“Mereka seterusnya diarah berpatah balik ke Kuala Perlis menggunakan feri di Terminal Tanjung Lembong pada pukul 2 petang, hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/20/dua-pelancong-kempunan-bercuti-di-langkawi/

BACA: Budak Umur 12 tahun tekejut jadi jutawan segera

COMMENTS