Dua Bulan Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Terkejut Buka Pintu

Dua Bulan Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Terkejut Buka Pintu

Dua Bulan Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Terkejut Buka Pintu.Bagaikan mimpi ngeri buat pemilik rumah jika mendapat penyewa yang pengotor dan ‘culas’ untuk membayar sewa seperti mana yang telah dijanjikan. Mahu tak mahu, pemilik rumah terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi.

Seperti video dikongsi seorang gadis berasal dari Indonesia, di laman TikTok tampil menceritakan nasib ‘malang’ menimpa tuan rumah apabila bilik rakan serumahnya yang ditimbuni dengan sampah sarah. Menerusi video pendek dikongsi jelas kelihatan bilik tersebut yang disifatkan sebagai kotor dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat untuk berehat.

Ya Allah, ini keadaan bilik kakak yang menyewa dengan saya. Sudah dua bulan dia tidak membayar (sewa).

Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila penyewa tersebut dipercayai melarikan diri selepas gagal membayar sewa selama dua bulan.

@noviinestyaMirisssa! ##fyp ##kos ##fypsoundsss

♬ Kulo pun angkat tangan – Safira Inema

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘geli’ melihat keadaan bilik tersebut dan mendakwa penyewa tersebut mempunyai masalah Hoarding Disorder (penyakit sayang untuk buang barangan lama).

Pintu bilik ini tidak pernah dibuka. Akhirnya ia dibuka bersama tuan rumah. Kami terkejut melihat keadaan bilik ini.

Baca:Penangan Selepas DiviraIkan Harga Siakap Kayangan

COMMENTS