DS Vida tebang pokok pisang jam 3 pagi, ini sebabnya..

DS Vida tebang pokok pisang jam 3 pagi, ini sebabnya.. Perkongsian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjadi perhatian apabila memuat naik video mendakwa kedai air boba milik anaknya iaitu Cik B disihir.

Menerusi video itu, Vida meluahkan rasa pelik apabila ada pelanggan mengadu tidak menemui kedai Boba Lova Cik B itu sedangkan ianya terletak berhampiran dengan kawasan jalan raya.

Kata Vida lagi, ada pelanggan kecewa apabila sampai ke lokasi berkenaan mengatakan kedai ditutup sedangkan ia dibuka setiap hari.

Jelasnya lagi, pada awalnya dia enggan percaya kedai tersebut telah disihir namun akhirnya percaya selepas berjumpa dengan seorang pengamal perubatan Islam.

“Saya nak cakap saya rasa tidak tercakap nak percaya atau tidak mahu percaya. Tapi saya nak beritahu sihir orang nampak kedai tutup, tak nampak kedai apabila saya pergi berubat, orang itu kata ada benda tergantung dekat pokok,” katanya.

DS Vida tebang pokok pisang jam 3 pagi, ini sebabnya..

Menerusi video dikongsikan, Vida turut menunjukkan beberapa batang pokok pisang berdekatan dengan kedai dan individu yang menghantar sihir meletakkan ‘barangan’ tersebut pada pokok berkenaan.

Kata Vida lagi, dia sendiri ke lokasi kedai tersebut pada jam 3 pagi untuk membuang pokok pisang berkenaan. Dalam pada itu, Vida berkata dia tahu siapa yang melakukan perbuatan khianat itu namun tidak mahu memperbesarkan hal itu.

“Inilah orang Melayu dengki, nak tengok saya jatuh. Orang yang sebelum ini tiba-tiba ramai menjadi kosong. Bukan orang tak mahu datang, tapi mereka kecewa cari kedai tak jumpa,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

BACA:

Lelaki maut dilanggar keretapi, puncanya buat ramai sebak

Stadium Shah Alam dibina baru dengan kos cecah RM787 juta

Pemimpin AMANAH bidas kenyataan Ramasamy mengenai Mat Kilau