Dr Siti Mariah tampil idea Karnival Maya bantu ekonomi ibu tunggal dan surirumah waktu pandemik

Dr Siti Mariah tampil idea Karnival Maya bantu ekonomi ibu tunggal dan surirumah waktu pandemik

Ekspo HaSSel 2021 yang akan diadakan pada 24-28 April 2021 merupakan karnival maya pertama di Selangor, hasil inisiatif YB Dr Siti Mariah Mahmud di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Pandemik Covid-19 tidak menghalang YB Dr Siti Mariah mencetus idea-idea baru untuk membangun sosio-ekonomi wanita. YB Dr Siti Mariah merintis konsep ekspo dengan teknologi virtual realiti terkini.

Terdapat 100 gerai yang menghimpunkan usahawan wanita seluruh Selangor. Usahanita terutama ibu tunggal dan suri rumah akan menjual produk hasil tangan mereka. Di samping membeli-belah, para pengunjung turut sama membantu menyokong produk tempatan sebagaimana aspirasi YB Dr Siti Mariah.

Lebih menarik, para pengunjung kini boleh membeli-belah, membuat pesanan secara atas talian dan tidak lagi perlu bersesak-sesak, terutama dalam situasi pandemik dan bulan ramadhan.

YB Dr Siti Mariah berkolaborasi dengan aplikasi e-dagang terbesar iaitu Shopee dan Lazada untuk mengadakan bengkel cara memulakan perniagaan bagi usahawan yang berminat.

Ekspo ini turut memberi peluang kepada para usahawan mengembangkan perniagaan melalui taklimat pakej bantuan dana perniagaan dari agensi Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu, YB Dr Siti Mariah mahu lebih ramai wanita diperkasakan melalui program kemahiran. Ekspo HaSSel menyediakan 56 bengkel kemahiran seperti masakan, kraftangan dan lain-lain secara percuma.

Bersempena ekspo ini, YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah turut hadir bagi merasmikan Persidangan Wanita Selangor Hybrid 2021. Persidangan ini menghimpunkan para sarjana dan pemikir yang akan membentangkan hasil penyelidikan tentang tema-tema berkenaan dengan wanita.

Ekspo hasil cetusan kreatif YB Dr Siti Mariah ini diharapkan dapat menerima respon yang positif daripada para pengunjung dari seluruh negara.

Daftar sekarang di laman web www.expohassel.com untuk berpeluang memenangi hadiah istimewa, 5 buah Iphone XR yang akan diberikan kepada pengunjung bertuah.

Sebelum nak masuk ke ekspo, kena daftar dulu ye di https://expohassel.com/registration/

COMMENTS