Dol Said terima pencen British, ini fakta yang perlu anda tahu

Dol Said terima pencen British, ini fakta yang perlu anda tahu.MENGAPA DATUK DOL SAID MENDAPAT PENCEN BRITISH?

1. Selepas tamat Perang Naning 1832, British terus berbincang mengenai kedudukan Datuk Dol Said.

2. Menurut Winstead (1969), Pejabat Pentadbiran Inggeris di Pulau Pinang memutuskan kedudukan Naning telah disalah tafsirkan sebagai Tanah Jajahan Inggeris.

3. Namun, surat ini lewat sampai memandangkan perang telah berlaku.

4. Hakikatnya, Datuk Dol Said sebagai Datuk Naning berhak memutuskan keadilan dalam perbicaraan dan sistem cukai juga tidak terpakai di Naning.

Dol Said terima pencen British, ini fakta yang perlu anda tahu

5. Sebenarnya, kewibawaan Datuk Dol Said sangat kuat ke atas raja-raja dan pembesar Melayu. British gerun dengan pengaruh Datuk Dol Said yang dianggap ‘senior’ dalam kalangan pembesar-pembesar.

6. Menghukum Datuk Dol Said ibarat membakar jambatan antara Inggeris dengan para pembesar Melayu.

7. Antara pegawai yang menentang Datuk Dol Said dihukum adalah:
-Sir John Anderson, Pegawai Undang-undang British
– Sir William Farquhar, bekas Residen Melaka.
– Sir Col. Taylor, bekas Residen Melaka.
– Sir Samuel Garling, Residen Melaka.

8. Pegawai-pegawai ini merupakan antara pegawai yang lama berkhidmat di Malaya. Maka, mereka sangat arif selok-belok politik dan sosial Tanah Melayu.

9. British sedar seandainya mereka berkeras maka Datuk Dol Said mampu membuat penentangan yang lebih hebat. Maka, mereka membuat keputusan untuk melucutkan jawatan Datuk Dol Said sebagai Datuk Naning.

10. Menggunakan konsep pecah dan perintah, kuasa Datuk Naning dibahagikan 15 bahagian dengan mewujudkan jawatan Datuk Penghulu Mukim dan dipimpin lima orang Penghulu Demang.

11. Begitu takutnya Inggeris sehingga kuasa Datuk Naning dibahagikan 15. Maka, berpecah orang Melayu Naning menurut 15 penghulu yang dicipta.

12. Oleh itu, sangat mustahil untuk berlaku kebangkitan semula orang-orang Naning.

13. Datuk Dol Said dihukum seperti tahanan rumah disebuah kawasan berdekatan Kota Melaka. Kini dikenali sebagai Gajah Behrang. Cuma diberi sedikit kebebasan untuk keluar namun tidak melebihi kawasan tertentu.

14. Datuk Dol Said dilarang bertemu mana-mana pembesar Melayu, sanak-saudara dan berhubungan lagi dengan Naning.

15. Beliau dipantau 24jam sepanjang hidupnya dengan meletakkan mata-mata untuk memerhatikan tindak-tanduknya.

16. Untuk menyejukkan hati orang Melayu, British memberikan pencen kepada Datuk Dol Said sebanyak 100 rupiah. Namun, pencen ini adalah sebuah hinaan kerana jumlah 100 rupiah tidak mampu membeli seekor kambing sekalipun.

17. Maka, Datuk Dol Said terpaksa membuat kerja-kerja kampung untuk menampung hidupnya.

18. Datuk Dol Said banyak menghabiskan sisa hidupnya membantu mengubat orang-orang kampung di Melaka secara tradisional.

19. Datuk Dol Said langsung tidak takut dengan British namun dia telah kecewa dikhianati sahabat seperjuangan dan saudara seagamanya. Wang ringgit telah membutakan mata para pembesar yang berkianat.

20. Setiap kali terkenang peristiwa dikhianati ini maka Datuk Dol Said akan berkata ‘ HANYA KAYU BOLEH POTONG KAYU, HANYA MELAYU BOLEH MEMBUNUH MELAYU’.

BACA:

Komet gergasi bakal lintasi bumi minggu hadapan

Ramai kecewa dengan reaksi Syamsul Yusof bila ditanya tentang Ira Kazar

Filem Mat Kilau dijangka cecah kutipan RM60 juta