Ditinggal Kerana Kulit Gelap, ‘Glowup’ Gadis Ini Buat Netizen risau

Ditinggal Kerana Kulit Gelap, ‘Glowup’ Gadis Ini Buat Netizen risau

Ditinggal Kerana Kulit Gelap, ‘Glowup’ Gadis Ini Buat Netizen.Sebut sahaja TikTok, mesti anda sudah terbayang pelbagai konten menarik dan tipulah jika anda tidak menghabiskan masa ‘scroll’ konten di TikTok. Banyak trend yang dilakukan oleh pengguna TikTok untuk video mereka ‘fyp’.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @cikbettx telah menjadi bualan ramai. Video berdurasi 15 saat itu memaparkan dirinya yang ‘glowup’ selepas ditinggalkan kerana kulit gelap tular di media sosial.

@cikbettx Balas kepada @xadeqyuyuxx Orang yang takut putih jangan cuba cuba consume‼️#glowup #fypシ #masukberanda #challenge #tipsputih #jerungmerahniboss ♬ DJ Lalala – yogaserge

Apa yang mencuri tumpuan, kulitnya kini cerah sehingga jelas kelihatan urat berwarna biru iaitu pembuluh darah di tangannya. Menerusi perkongsiannya itu, dia telah mengamalkan produk yang dikatakan sebagai vitamin C untuk mendapatkan kulit cerah seperti itu.

Hal tersebut membuatkan ramai orang berasa terkejut dan risau akan kesihatan diri gadis tersebut. Mana tidaknya, makan vitamin C tambahan secara berlebihan tidak elok dan boleh memberikan penyakit.

Sumber: www.thevocket.com

BACA:  Wanita kongsi pengalaman ‘hitamnya’ sepanjang bergelar isteri kedua

COMMENTS