Dikecam promosi iklan judi, ini jawapan Isa Isarb, bikin sakit hati dengar

Dikecam promosi iklan judi, ini jawapan Isa Isarb, bikin sakit hati dengar. Personaliti media sosial dan Youtuber terkenal, Isa Isarb pernah menjadi bualan ramai apabila mengetahui konten video cabaran yang dianjurkannya sebanyak RM10,000 pada April lalu telah ditaja oleh syarikat M88.

M88 tersebut adalah sebuah syarikat perjudian online yang turut beroperasi di Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Isa Isarb jelas isu iklan judi -“Terpaksa sebab darurat”
Terbaharu, Isa Isarb tampil menjelaskan mengenai isu iklan dari syarikat judi tersebut dalam salah satu video di saluran Youtube miliknya.

Menerusi sebahagian petikan daripada video Youtuber baharu yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, Isa mendedahkan keadaan ‘darurat’ adalah punca dia menerima iklan tersebut.

Katanya lagi, hanya dua episod sahaja dia mengambil iklan berkenaan.

Dikecam promosi iklan judi, ini jawapan Isa Isarb, bikin sakit hati dengar

“Hanya dua minggu sahaja kerana lembaga pengarah ada yang Islam dan bukan Islam. Lagi satu sebab, masa itu tengah kena kejar income tax (LHDN). Disebabkan itu yang saya ambil.”ujarnya.

Buang ahli kumpulan sebab asyik persoal hal iklan syarikat judi

Dalam pada itu, Isa juga tampil menerangkan punca salah seorang ahli Isarb Clan dibuang serta-merta kerana berpendapat individu tersebut sebenarnya ‘talam dua muka’ kerana asyik mempersoalkan hal iklan judi.

“Dia tahu (salah seorang ahli Isarb Clan) sebab saya ambil. Tapi dia memperbesarkan perkara tersebut. Walhal pada masa itu darurat,”jelas Youtuber itu.

Niat tak menghalalkan cara walaupun darurat

Perkongsian itu menerima kecaman hebat daripada warganet di ramai mengatakan perbuatan Isa Isarb jelas salah dan bertentangan dari segi hukum syarak agama Islam.

BACA:

Luar setinggan dalam kondo, ramai ternganga lihat dekorasi dalaman rumah ini

Bayar tapak RM1,200 tapi ini yang dapat, peniaga tutup awal

Hakikat pedih : Peniaga ramai, pembeli kurang… “Tak balik modal pun”