Didikan Zarina dan suami dipuji netizen, Azal pandai baca surah Al-Fatihah

Didikan Zarina dan suami dipuji netizen, Azal pandai baca surah Al-Fatihah. Jika sebelum ini anak kepada pelakon terkenal, Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai mendapat perhatian ramai kerana ada individu menggelarkannya sebagai orang gila di Wikipedia, kali ini dia sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan bacaan lancar surah Al-Fatihah.

Untuk hilangkan takut

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Azal dirakam membaca surah Al-Fatihah dengan lancar dipercayai untuk menghilangkan rasa gemuruh dan takut sebelum berlepas untuk melakukan aktiviti ‘flying fox’ bersama dengan ibunya.

Didikan Zarina dan suami dipuji netizen, Azal pandai baca surah Al-Fatihah

Disebabkan itu, ramai yang memuji Azal kerana menenangkan diri dengan ayat-ayat Al-Quran malah netizen juga turut kagum dengan keberaniannya untuk mencabar diri melakukan aktiviti lasak.

Terbaiklah Azal, tenang je sambil baca Al-Fatihah. Ada setengah orang dah cuak dah, padahal belum gerak lagi.

‘Sejuk perut ibu’

Bukan itu saja, di bahagian komen juga rata-rata pengguna TikTok memuji tindakan Azal itu merupakan hasil didikan agama yang baik sejak kecil dari ibu bapanya sendiri menyebabkan orang ramai mengatakan Zarina sangat beruntung mempunyai anak yang soleh.

Bagus Zarina ajar anak-anak didikan agama. Insya-Allah akan ke syurga sama-sama dengan anak nanti.

@sugehresort Replying to @Pakcu Azhar Omar tak semua yang mencarut..ada yang baca al Fatihah #fyp #trending #percutian #sugehresort ♬ original sound – Sugeh Resort

BACA:

Tak sempat tayang, Talbis Iblis haram di Brunei

Lelaki kudung tangan bunuh gelandangan ditahan polis

Melayang RM6000, lelaki ini didenda sebab yang tak masuk akal