Didakwa Curi Susu Buat Anak, Ibu Ini Terlepas Hukuman 7 tahun Penjara

Didakwa Curi Susu Buat Anak, Ibu Ini Terlepas Hukuman 7 tahun Penjara

Didakwa Curi Susu Buat Anak, Ibu Ini Terlepas Hukuman Penjara.Dua ibu di Blitar, Indonesia yang berhadapan hukuman 7 tahun penjara kerana didakwa mencuri susu dan minyak kayu putih untuk anak mereka telah dibebaskan, lapor Indozone.

Menurut portal itu, kedua-dua mereka telah dibebaskan susulan perdamaian dengan pihak yang membuat laporan ke atas mereka sebelum ini.

“Berkenaan kes pencurian, kedua-dua pihak sudah berdamai. Surat perdamaiannya ada di sini,” kata Ketua Polis Blitar, AKBP Adhitya Panji Anom.

Jelasnya, pemilik kedai telah memaafkan kedua-dua wanita tersebut dan menarik semula laporan mereka.

“Mereka sepakat memaafkan perbuatan yang sudah dilakukan,” tambah Adhitya.

Dalam kejadian berasingan, kedua-dua wanita yang masing-masing berumur 55 dan 29 tahun itu dilaporkan telah mencuri susu dan minyak kayu putih di dua kedai yang berbeza.

Lantaran itu, mereka berhadapan dakwaan di bawah Pasal 363 KUHP dan boleh dihukum penjara 7 tahun, tulis portal tersebut.

“Semoga ia menjadi pengajaran kita pada masa hadapan sehingga tiada lagi perkara serupa membawa puan-puan ke sini. Saya harap ini yang pertama dan terakhir ya,” katanya seperti dipetik Indozone.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/09/didakwa-curi-susu-buat-anak-ibu-ini-terlepas-hukuman-penjara-setelah-pemilik-kedai-memaafkan/

BACA: Mengapa orang Cina lebih kaya dari orang Melayu,sebabnya….

COMMENTS