’Dia menantu dari Syurga’, ini kisahnya, panjang gila…

’Dia menantu dari Syurga’, ini kisahnya, panjang gila… ”Dia lah menantu dari syurga !!!” Assalamualaikum semua. Sudah lama saya mengikuti posting di page ini. Semua kisah2 nya menarik, ada juga yang menginsafkan saya. Dahulu jarang saya bermain facebook. Sejak bersara Oktober 2017, hari2 saya baca status kawan-kawan di sini. Baru-baru ini, seorang rakan lama saya di maktab dahulu hubungi saya. Dia memberitahu bahawa baru kehilangan menantu perempuan yang pergi menghadap ilahi sewaktu bersalin anak ketiga.

”Dia lah menantu dari syurga !!!”
Saya tahu mengapa dia hubungi saya, kerana saya sudah mengalami pengalaman yang sama seperti dirinya. Pada 2012, saya kehilangan menantu perempuan kesayangan saya. Namanya Madiha. Madiha berkahwin dengan satu-satunya anak lelaki saya, Abdul Basit. Kami sekeluarga panggil dia Basit. Mereka berkenalan atas jasa anak sulung saya.

Madiha bekerja sebagai pembantu jururawat di sebuah klinik berdekatan dengan tempat kerja anak sulung saya, Disebabkan Madiha selalu menguruskan temujanji untuk anak sulung saya, mereka menjadi rapat. Sehinggalah membawa kepada perkenalan Madiha dan Basit. Mereka dipertemukan di klinik tersebut. Masa itu, Basit masih di luar negara, di tahun akhir pengajian sebagai pelajar perubatan.

Selepas setahun berkenalan, Basit membawa Madiha berjumpa dengan saya dan suami. Pada mulanya, saya dan suami tidak mengetahui perkenalan itu. Sehingga beberapa minggu sebelum Basit membawa Madiha pulang berjumpa saya. Saya berasa sangat seronok, sangat teruja untuk berjumpa Madiha, sehingga saya mengetahui asal usul keluarganya, saya mula rasa ragu-ragu.

Madiha merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Dia hanya mempunyai kelulusan STPM sahaja, tidak mampu menyambung pengajian kerana perlu bekerja untuk keluarga. Ayahnya pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah.

’Dia menantu dari Syurga’, ini kisahnya, panjang gila…

Ibunya ambil upah parut kelapa di kedai santan. Adik-adiknya masa itu masih ada yg sedang menuntut di KPTM dan tingkatan 4. Madiha asal Terengganu. Saya dan suami pula memang anak jati Negeri Sembilan.

Madiha merantau ke Selangor untuk menjadi pembantu klinik di Petaling Jaya. Dengan kerjanya itu lah yang diharapkan dapat membantu keluarga di kampung. Saya gusar untuk merestui hubungan itu, khuatir jika Basit akan digunakan oleh Madiha untuk keluarganya. Saya sangat ego dan angkuh ketika itu.

Masa itu saya juga merupakan seorang pegawai kanan sekolah menengah dan suami pula seorang pegawai bank. Saya tak mahu menantu yang tiada asas pendidikan dan keluarga yang terumbang ambing. jadi, saya katakan tidak kepada Madiha. Pun begitu, Basit sama sekali tidak mengalah, dia sentiasa memujuk saya untuk menerima Madiha sebagai isterinya.

Melihat akan kesungguhan itu, saya terpaksa menerima Madiha. Mereka berkahwin setahun selepas itu, pada tahun 2009. Masa itu, Basit baru beberapa bulan bekerja. Dia masih ulang alik rumah saya dan hospital dalam 40 minit. Madiha tinggal dengan saya juga. Sebab dah duduk dengan saya, rumah dengan tempat kerja Madiha jauh, jadinya dia berhenti kerja.

Dari situ, saya mula mengenali hatinya yang luhur dan suci. Waktu itu dirinya baru di usia 25 tahun, Basit pula 26 tahun. Seingat saya, tidak pernah sekali pun, saya bagun pagi, Madiha tiada di dapur. Setiap pagi, saya bagun sahaja tidur, nak bersiap untuk ke sekolah dan uruskan suami nak kerja, saya dah dengar kelentang kelentong di dapur. Terdetik di hati saya, apa sahaja lah yang dia buat di dapur tu?

Bila sudah siap solat, saya akan keluar bilik dan ke dapur. Terkejut saya, hampir separuh meja penuh dengan makanan untuk sarapan pagi. Nasi goreng, keropok lekor, makanan kuih frozen, kadang-kadang siap saya bungkus buat bekal di sekolah. Basit juga sama, siap bawa bekal ke hospital jika sempat.

Setiap kali saya nak pergi kerja dengan suami, Madiha akan tunggu di pintu sampai kami pergi dan tak nampak biji matanya. Setiap kali saya dan suami sampai di rumah, dia akan tunggu juga di pintu.

Sambut kami dengan senyuman dan sapaan yang menyejukkan hati. Malam-malam pula, selepas maghrib dia akan mengetuk lembut pintu bilik saya, bertanya jika ada apa-apa yang boleh dia bantu.

Saya selalu marah dia bila dia tanya macam tu. Selepas seharian dia menguruskan rumah, lipat baju, jemur baju memasak dan lain-lain, dia patut berehat. Madiha hanya tersengih. Jawab dia, dia tidak ada apa-apa yang boleh ditawarkan kepada saya, hanya itu sahaja yang dia mampu buat dan dia akan berikan yang terbaik.

Menjelang puasa, Madiha akan catat semua menu yang suami saya, saya, Basit dan anak bongsu saya nak makan. Dia lah orang yang paling seronok ketika bulan puasa, sebab semua orang akan memuji masakannya. Termasuk saya, kegemaran saya, sambal tempe dan nasi kerabu tumis. Enak sungguh masakannya.

Dia lah yang berjalan sebelah saya untuk ke terawih. Jarak surau dengan rumah kami dalam 300m. Kami berjalan bersama-sama. Kalau Basit ada, dia akan berdua jalan iringan dengan Madiha. Dalam ketika itu juga, saya diuji dengan ibu saya sakit tua.

Baca Juga : Lelaki terjumpa cincin purba di hutan, terkejut bila ketahui harga cecah RM360 ribu
Adik beradik yang lain main pass sana sini tidak mahu menjaga ibu, saya ambil keputusan untuk jaga ibu. Saya berbincang juga dengan suami dan anak-anak, sama ada patut atau tidak saya berhenti kerja untuk menjaga ibu.

Tetapi Madiha menghalang cadangan itu, katanya dia boleh menjaga ibu saya, anggaplah seperti dia menjaga neneknya sendiri. Neneknya pergi menghadap ilahi ketika dia masih di sekolah rendah. Dia tidak berpeluang untuk menjaga neneknya, mungkin itu hikmah untuknya berbakti kepada seorang bergelar nenek kata dia.

Hati saya menjadi sayu dan terharu mendengar kata-kata Madiha. Sejak itu, Madiha menjadi tulang belakang dan jiwa di rumah kami. Tanpa Madiha rumah itu sunyi sepi. Tiada seri. Hubungannya dengan Basit juga semakin indah hari ke hari. Pantang ada masa terluang, Basit akan bawa Madiha bercuti, paling tidak keluar makan dan tengok wayang bersama.

Keluarga Madiha juga tidak pernah saya abaikan. Saya dan suami sentiasa hubungi ibu bapanya dan bertanya khabar. Mereka juga sentiasa menghantar barang seperti budu, keropok keping dan lain-lain ke rumah kami. Madiha menjaga ibu saya dengan sangat baik.

Makan minum ibu saya dijaga rapi. Dari beratnya yang 46kg ketika sampai di rumah saya, dalam masa dekat 3 bulan, naik berkilo-kilo kerana selera makan naik dengan lauk pauk masakan Madiha.

Dia juga semakin bersemangat untuk jalani hidup, petang-petang, dia akan minta untuk duduk di laman rumah, tengok kanak-kanak bermain di depan rumah jiran tetangga. Sehinggalah keadaan tidak mengizinkan lagi dia bersama kami, ibu saya meninggal di hospital dengan keadaan menggenggam tangan Madiha, seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih selama setahun tidak terhingga kepada Madiha yang menjaganya hampir itu.

Madiha juga serang wanita yang sangat menjaga solatnya, bukan sahaja yang fardhu, yang sunat juga di jaga rapi. Kata Basit, setiap malam, Madiha akan bangun solat tahajud, sesudah itu mengaji dan terus tunggu solat Subuh.

Kemudian terus turun ke bawah untuk sediakan sarapan pagi. Kadang kala, waktu cuti sekolah saya cuba juga untuk sediakan sarapan sebelum Madiha keluar bilik, tapi tak pernah dapat. Mesti Madiha keluar dahulu, sudahnya kami ketawa dan buat bersama.

Tidak dinafikan, Madiha memang menawan hati orang sekeliling saya. Bila berkunjung ke rumah sanak saudara, tidak kira lah masa kenduri atau raya, mereka mesti kata, untungnya kau dapat menantu solehah, cantik, pandai jaga suami, jaga diri. Sampaikan ada antara mereka yang kata pada anak masing-masing, kalau kau nak kahwin, tak dapat jumpa macam Madiha, tak payah kahwin lah.

Kawan-kawan saya juga begitu, ada masa saya bawa Madiha ke event-event saya dan rakan-rakan sekolah macam seminar luar sekolah, hi-tea dan kelas-kelas agama, Madiha pandai bergaul dengan mereka dan kata-katanya yang jujur ​​dan sopan. santun itu buat semua orang terpegun dan merindui dia. Bila saya tak bawa Madiha bersama, mereka pasti akan tanya.

Semuanya berubah selepas beberapa bulan Basit dan Madiha keluar dari rumah saya dan tinggal sendiri di rumah baru mereka. Jarak rumah baru itu kurang 10km dengan hospital, jadi mudah untuk Basit ulang alik ke tempat kerja. Hujung minggu biasanya saya yang ke rumah mereka sebab Basit selalunya bekerja.

Selang beberapa bulan selepas itu, Madiha tak berapa sihat. Basit kata, dia selalu demam panas dan sakit badan. Saya dan suami segera minta Madiha memeriksa semuanya. Kami nak tahu apa penyakit yang dihidapi oleh Madiha kerana keadaannya kelihatan sangat serius.

Kami semua terkejut selepas beberapa pemeriksaan dibuat, Madiha disahkan menghidap sakit teruk.

Bahagian 2

Madiha disahkan menghidapi bahagian payudara stage 3. Tuhan sahaja tahu, betapa lemah hati saya terima berita itu. Basit apatah lagi, separuh dirinya hampir gla. Tidak menyangka akan berita itu. Walau bagaimanapun kami sekeluarga menerima juga ketentuan itu dan bawa Madiha berubat di hospital swasta. Selang beberapa bulan, Madiha disahkan mengandung pula.

Saya menjerit suka bila dengan berita itu daripada suami sebab Basit telefon ayahnya memberitahu perkara itu. Saya sungguh teruja nak terima cucu pertama sebab masa itu anak sulung saya masih belum berkahwin.

Tetapi, disebabkan rawatan kimoterapi dan jenis-jenis rawatan lain, Madiha dan Basit perlu berbincang dengan doktor sama ada mahu meneruskan kehamilan atau tidak. Walaupun Basit berkata, kebarangkalian utnuk selamat bersalin tinggi, tetapi rawatan dalam kehamilan sangat menyulitkan, oleh itu mereka berbincang.

Selepas berbincang, mereka putuskan untuk suction dan gugurkan bayi dalam kandungan. Saya dan suami juga bersetuju, bagi kami, biarlah Madiha meneruskan rawatan sebaik mungkin.

Umur mereka masih muda, masih ada harapan lain untuk mempunyai keluarga di lain waktu. Masa suction, semua ada di hospital, saya dan suami upgrade pakej bilik Madiha ke kelas pertama kerana medical card Madiha hanya menampung bilik kelas kedua.

Semua orang, Basit, saya, suami, ibu ayah Madiha tinggal di bilik itu. Ada bilik tetamu dan ruang tamu, sementara Basit dan Madiha di dalam bilik peskit. Ketika sedutan, Basit terkejut kerana terdapat dua janin yang dikeluarkan dari perut Madiha. Kami semua berasa sangat hiba dengan cerita Basit. Malah Basit berasa sangat sedih, dia tidak mampu berkata apa-apa selepas keluar dari bilik rawatan.

Tapi Madiha tetap tenang, dirinya sangat kuat. Ketika diusung katilnya oleh jururawat, dia masih bleh memberikan senyuman kepada kami semua. Beberapa bulan berlalu, keadaan Madiha semakin merosot, dia kerap rebah dan tidak bermaya. Berulang kali dia dimasukkan ke hospital, ada juga 2 kali di ICU.

Ada satu hari, 3 hari sebelum Madiha meningal dunia, masa itu saya dan suami ada di dalam bilik Madiha. Saya sibuk menanda kertas peperiksaan peperiksaan awal tahun anak-anak murid, suami saya menyuap bubur kepada Madiha. Mereka berbual panjang, sampai lah Madiha berkata, semalam dia bermimpi sangat indah. Suami saya bertanya apa mimpinya?

Madiha kata, dia jumpa anak-anak kembarnya dalam mimpi itu. Saya yang terdengar pun berhenti daripada meneruskan kerja, terus berpaling ke arahnya untuk menyambung cerita itu. Kata Madiha, dalam mimpi itu, dia berjalan seakan-akan atas awan yang penuh dengan pokok yang sangat tinggi dan banyak.

Tiba-tiba dia kedengaran suara kanak-kanak memanggil-manggil dia. Tiba-tiba juga waktu itu ada sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan datang menghampirinya ke rumah.

Madiha kata, dia bertanya, siapa mereka berdua itu. Kata budak-budak tu, dia lah anak-anak Madiha yang belum dapat Madiha jumpa sebelum ini. Waktu itu tanpa saya sedar, teresak-esak saya menangis. Madiha masih tenang bercerita.

Kata dia, anak-anak itu memimpin tangannya sambil menunjuk sebuah rumah yang besar dan sangat tinggi di hujung taman itu. Ketika menghampiri rumah tersebut, Madiha berkata terdapat seorang lelaki menghalangnya masuk.

Suami saya tanya, siapa lelaki itu. Rahsia, jawab Madiha, Katanya, lelaki itu ada memberitahunya sesuatu tetapi dia tidak boleh kongsikan. Tetapi, yang pasti ujian yang dia alami di dunia ini sudah pun dia redha dengan sepenuh hati selepas berjumpa dengan lelaki itu tadi.

Berkali-kali saya dan suami bertanya, siapa dan apa yang lelaki itu katakan kepadanya, namun Madiha enggan menjawab. Dia membawa rahsia itu sampai lah ke akhir hayatnya.

Kami bawa pulang jenazah Madiha ke Terengganu atas permintaan keluarganya. Malam pertama tahlil Madiha, saya, suami, besan, adik beradik Madiha dan Basit berkumpul di ruang tamu keluarga Madiha. Malam itu, Basit memberitahu, simpanan Madiha sudah pun mencecah RM25k dalam Tabung Haji.

Madiha mahu Basit mengeluarkan duit itu dan berikan kepada kedua-dua orang tuanya. Apa yang mahu dilakukan kepada wang itu, terserah kepada ibu bapanya. Ibu dan ayah Madiha mahu gunakan wang. itu untuk menunaikan umrah.

Lepas berbincang panjang lebar, saya, suami dan Basit akan keluarkan wang kami untuk hantar mereka berdua tunai umrah. Saya dan suami juga akan ikut sama. Duit yang ditinggalkan Madiha, kami minta mereka untuk ubah suai dan baiki keadaan rumah. Jika tidak cukup, Basit akan cuba tambahkan, mereka bersetuju.

Malam itu juga, saya berbual berdua-duaan dengan Basit. Dia kelihatan sangat sugul, saya paham, dia masih belum boleh menerima hakikat pemergian isterinya yang dia cinta dan sayang. Selepas hampir 4 tahun bersama, mana mungkin dia tidak sedih.

Saya ceritakan semula kisah mimpi Madiha kepada Basit. Basit mengeluh panjang, dia kata dia tahu tentang mimpi itu, bahkan dia berasa sangat cemburu kerana Madiha dapat jumpa anak-anaknya. Saya tanya juga, jika Madiha bercerita tentang lelaki di bawah pokok itu? Basit juga mengetahui hal itu.

Katanya, Madiha ceritakan semuanya termasuk apa yang diperkatakan lelaki itu, tetapi Basit kata, dia tidak akan memberitahu sesiapa atas permintaan Madiha. Kata Basit, seperti mana Madiha bawa rahsia itu hingga akhir hayatnya, dia juga akan membawa rahsia itu hingga saat kematiannya.

Malam itu, saya tidur di bilik Madiha dan Basit, rumah itu hanya ada 3 bilik, satu lagi bilik adik perempuan Madiha. Basit dan adik ipar lelakinya tidur di luar. Dalam jam 4 pagi, suami saya gerak saya dari tidur. Dia bersungguh suruh saya bangun. Saya segera bangun. Kata suami saya, cucu-cucu saya cantik dan handsome. Terkebil-kebil saya dibuatnya, ha macam mana abang tahu?

Kata dia, dia baru sahaja bermimpi Madiha pimpin tangan dua orang budak kecil tapi dalam mimpi itu Madiha tidak sebut dan kata apa-apa pun. Dan mimpi itu juga tidak lama, hanya beberapa ketika sebelum dia terjaga.

Selepas pemergian Madiha, jiwa saya kosong. Tiada lagi kawan baik saya yang boleh saya bergosip, luah perasaan dan memasak bersama. Saya rasa, saya lebih sedih daripada Basit. Lepas pemergian Madiha, badan saya susut hampir 5kg dan saya boleh pakai baju-baju Madiha. Saya ambil baju-bajunya dan pakai ke sekolah. Walaupun dia tiada di depan mata saya lagi, jiwa dan hatinya masih segar dalam ingatan saya dan keluarga.

Sehingga kini, setiap kali cuti sekolah saya akan ke Marang, Terengganu untuk jumpa besan saya. Kalau tidak cuti sekolah, saya dan suami tetap akan berhubung dengan mereka dan bertanya khabar. Mereka juga masih tidak putus menghantar keropok ikan kepada saya dan suami di sini.

Basit juga, masih baik dengan mereka. Dia menyibukkan diri dengan kerja dan sentiasa meminta saya berdoa agar dia dapat bertemu semula dengan isteri dan anak-anaknya di sana. Sebagai seorang ibu, saya tetap akan berdoa dan meminta agar Allah permudahkan urusannya dunia dan akhirat.

Saya tidak mampu mengucapkan rasa syukur yang teramat syukur kepada Allah SWT di atas takdirnya mempertemukan kami sekeluarga dengan Madiha. Kerana Madiha, saya seorang guru dan wanita yang ego berubah menjadi guru dan wanita yang toleransi, pemurah dengan senyuman dan bersabar.

Buat semua ibu mertua di luar sana, hargailah menantu perempuan kita. Mereka mungkin tak sempurna di mata kita, tapi kelebihan dia mungkin mulia di sisi Pencipta.

Bahagian 3

Baca Juga ; Imam kena tipu dengan bakal menantu, rugi RM50,000
Perkongsian ini saya mahu ceritakan tentang apa yang berlaku pada hari kemtian Madiha. Ramai kawan-kawan saya dan suami yang berikan komen, mahu tahu apa yang berlaku pada hari itu. Bagaimana dengan Basit pada hari itu dan bagaimana penerimaan Basit. Berat hati saya mahu menjawab permintaan kawan-kawan. mereka sungguh-sungguh tanya saya mengenainya.

Saya akan ceritakan di sini, situasi hari itu. Hari kami kehilangan Madiha. Cerita saya ni hasil perbualan saya dengan Basit selepas perkongsian pertama dikeluarkan. Basit tidak ada Facebook, hanya ada Instagram. saya pun tak arif lah, benda-benda budak zaman sekarang. Jadinya, dia tak tahu tentang perkongsian pertama saya, sehinggalah saya tunjuk dan ceritakan kepadanya. Sesudah itu, saya ambil Keputusan untuk kongsikan cerita ini pula.

3 hari sebelum pemergian Madiha, tengah hari itu, dia ceritakan kisah mimpinya. Masa tu dia kelihatan sangat berseri, segar sungguh. Petang tu suami saya balik, bawa pakaian kotor kami untuk cuci. Saya dan anak bongsu saya temankan Madiha di hospital. Hospital tempat Madiha berubat di Kuala Lumpur, rumah saya dan suami di Negeri Sembilan. Basit pula kerja.

Malam tu dalam pukul 1 pagi, ada 2 orang jururawat masuk ke bilik kami sambil menyorong satu alat. saya tak tahu lah mesin apa. Lepas itu, ada seorang doktor masuk beritau kepada saya, Madiha pelu di X-ray. Dia minta saya dan anak bongsu saya duduk jauh dari katil itu kerana tak mahu terkena radiasi. Saya dan anak bongsu keluar dari bilik Madiha.

Masa nak berkalan keluar, nak sarung selipar, Madiha panggil perlahan. “Mak,” tanggannya melambai lemah kepada saya, tidak mahu saya pergi. Di luar, saya termenung, Saya tengok Madiha berbeza sekali keadaannya dengan waktu siang tadi. Malam itu dia nampak sangat lemah, bercakap pun tak kuat suaranya. Mungkin dia penat, sebab petang tu dia tidak tidur.

Beberapa minit lepas tu, saya nampak doktor keluar dari bilik Madiha, kata dia, mereka suspek Madiha ada jangkitan kuman. Tapi masih tak pasti sebab kena mohon nak buat scan esk pagi. Lepas tu kena rujuk pegawai farmasi, mungkin kena tukar ubat lain kalau betul ada jangkitan kuman.

Saya terus telefon Basit maklumkan perkara itu. Saya tahu Basit jadi tak keruan, esoknya selepas tamat shif, dia minta cuti 4 hari untuk jaga Madiha di hospital.

Dua hari sebelum Madiha pergi, dia jadi sungguh tak bermaya, lembik. Mungkin ubat kimoterapi masih menyerang dirinya. Dia makan sikit sahaja. Petang tu dia minta kepada suami saya, belikan di pizza. Dia mahu makan pizza.

Suami saya pergi cari pizza untuk dia makan. Basit suapkan pizza, semulut sahaja dia makan, lepas tu dia tidur. Maghrib tu, dia jadi tak sedar. Seorang doktor masuk check, lepas tu doktor panggil lagi seorang doktor check, sudahnya, ada 4 orang doktor keliling katil tu. Saya, suami dan anak keluar dari bilik Madiha. Hanya Basit kami tinggalkan di dalam.

Dekat setengah jam, semua jururawat dan doktor keluar. Basit keluar tak lama lepas tu, kata Basit, dia sudah menghubungi keluarga Madiha di kampung. Mereka akan berusaha untuk pulang segera. Cuma, masalahnya, ayah Madiha mungkin tidak bleh tinggalkan kerjanya, tiada yang ganti. Suami saya segera kirimkan wang minyak untuk keluarga Madiha bertolak dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

Kami berdoa malam itu, suapaya mereka sampai dengan selamat, kerana kereta ayah Madiha sedikit uzur. Kami takut mereka terhenti di tengah perjalanan. Satu jam sekali, suami saya hubungi ibu Madiha untuk pastikan mereka baik-baik sahaja.

Malam tu sampai ke Subuh saya tak boleh tidur. Saya urut mesra tangan dan kaki Madiha. Si Basit pula tidur sekatil dengan Madiha malam tu. Dia peluk erat isterinya. Suami saya pula tidak boleh toleh muka Basit dan menantunya. Air matanya mengalir. Selalu saya tanya, kenapa Abang menangis? Dia sedih, dia tidak mahu anak dan menantunya rasa ujian berat itu.

Tapi apa kan daya dia, dia hanya mampu melihat. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya lebih terseksa tengok anak menantu saya begitu, tapi saya perlu kuat. Bukan sahaja untuk Basit dan Madiha, untuk suami saya juga. Jika saya lemah, saya tidak tahu bagaimana kami akan dapat menjalani ujian itu.

Pukul 9 pagi, keluarga Madiha tiba di hospital. Madiha masih tidur. Lepas sarapan, kami naik ke bilik, Madiha sudah terjaga. Dia baru sahaja mandi dan makan pagi bersama Basit di bilik. Dia sangat gembira melihat ibu bapanya datang dari kampung. Dia bersungguh-sungguh kata kepada suami saya, boleh tak kalau kita makan besar hari ni. Suami saya kata, boleh. Madiha nak makan apa?

Madiha jawab, nak makan tomyam. Saya pun tanpa melengah, bawa balik besan saya ke Seremban. Kami nak masak tomyam di rumah, dan bawakan kepada Madiha petang itu. Suami saya setuju. Kami tinggalkan Madiha dengan Basit sahaja di bilik.

Lepas Asar, kami bertolak ke hospital dan makan bersama. Semua orang dapat makan tomyam masakan ibu Madiha. Saya sengaja minta dia masak lebih. Kami berikan sedikit kepada bilik-bilik lain dan mereka yang tengah bertugas. Madiha gembira sungguh dapat makan bersama, tengok tv bersama dengan semua orang. Tak habis-habis dia asyik ulang.

“Sukonyo hari ni dih, semua ada” kata dia. Sayu hati saya dengar kata-kata Madiha. Malam tu Madiha muntah. Doktor masuk sekali lagike bilik untuk lihat keadaan Madiha. Masa tu sekitar jam 11 malam. Saya dan suami ambil keputusan untuk bawa balik keluarga Madiha ke rumah kami terlebih dahulu dan datang semula selepas Subuh. Mereka setuju.

Malam tu, saya telefon Basit, tak berangkat. Sampai lah pukul 4 pagi, Basit telefon semula. Katanya, Madiha baru habis diperiksa dan terpaksa dihantar ke HKL kerana ada alatan yang tidak dapat berfungsi pada waktu itu. Saya mengucap panjang, takut mendengarnya. Lepas Subuh, kami terus ke hospital.

Hari yang ini, hari yang dahsyat, kami tak pernah sangka, itu kali terakhir kami melawat Madiha di hospital. Masuk sahaja bilik, Madiha nampak sangat tak bermaya. Dia terbaring sambil memegang tangan Basit. Dia memandang sepi ke wajah ibu ayahnya. Lama pandangan itu. Perlahan-lahan saya nampak air mata Madiha turun.

Lepas itu dia panggil Basit, dia minta Basit belikan air coca-cola untuknya. Madiha sangat gemarkan air coke itu. Ketika dia masih sihat, ke mana sahaja kami pergi makan, Madiha mesti akan order air coke dan ais. Itu kegemaran dia. Air bergas lain, dia tidak minum, hanya coca-cola sahaja.

Semua tak bagi dia minum air tu, tapi Basit kata tak mengapa, dah lama Madiha tak minum. Beri sahaja. Seteguk cukup. Basit pun keluar dari bilik mencari air tu. Beberapa minit selepas Basit keluar, Madiha semakin melemah. Dia minta ayahnya dan suami saya berdiri ditepinya. Dia minta dirinya untuk bangun bersandar. Di salam, dipeluk cium ayahnya.

Dia memohn maaf kepada ayahnya dan suami saya. Suami saya teresak-esak menangis. Diusap kepala Madiha lembut, saya tak pernah menyangka suami saya begitu sedih daripada saya. Dia tidak henti-henti meminta Madiha untuk kuatkan semangat. Lepas tu, Madiha gagahkan diri, dia berpaut tangan suami saya dan ayahnya, mahu berdiri.

Perlahan-lahan dia pergi kepada saya dan ibunya. Menangis saya melihat sendiri Madiha melutut dan mencium kaki ibu kandungnya. Ibunya menangis sambil memegang Madiha. Madiha kucup kaki ibunya, mencium ibunya, memeluk erat ibunya sambil memohn maaf dan ucap terima kasih. Saya memgang lembut Madiha, takut dia terbalik dan rebah.

Sesudah itu, Madiha mencium kaki saya. Diminta beribu ampun dan maaf kepada saya berulang-ulang kali. Saya menangis sepenuh hati, di tepi saya, suami pegang erat bahu saya. Dipeluk cium saya sepuasnya. Saya masih ingat kata-kata terakhir Madiha waktu itu,

“Mak, tanpa Mak, tanpa Baba, Basit tidak akan ada di dunia ini, Madiha juga tidak akan di dunia ini. Madiha ada kerana Basit ada. Kami diciptakan Allah untuk bersama. Terima kasih Mak dan Baba. Jaga makan minum Madiha selama ini.”

Selebihnya saya tidak ingat, yang pasti banyak perkataan maaf. Bila suami dan ayah Madiha memapah Madiha semula ke katil, sekali lagi Madiha muntah. Anak bongsu saya segera panggil doktor di luar. Saya pula meraung-raung panggil nama Basit. Mahu dia segera balik. Takkan lah begitu lama membeli air coke. Suami saya telefon, tiada jawapan.

Bilik jadi huru hara sebab doktor dan jururawat berlari masuk dan keluar. Ramai doktor yang masuk dan minta kami tinggalkan bilik. Madiha tenat, ada darah yang keluar dari mulut dan hidungnya. Kelibat si Basit masih belum kelihatan.

Saya tak mampu nak teruskan penceritaan bila terkena kembali peristiwa ni, berguguran air mata saya. Kalau kalian nak saya sambung cerita ini silalah nyatakan diruang komen. Insyaallah ada sambutan saya teruskan.

BAHAGIAN 4

Padang kiri, kanan suami dia tiada. Call berapa kali tak dapat. Bila isteri dia dah pergi baru suami dia datang.

Saya kembali ke katil Madiha, walaupun dipujuk lembut oleh juruurawat untuk saya keluar, saya tetap ciium Madiha sepuasnya.

Di luar, kami tunggu dengan penuh debaran, ada beberapa d0ktor lelaki yang tidak pernah saya nampak sebelum itu masuk ke bilik Madiha.

Tidak berapa minit kemudian, doktor panggil waris terdekat, katanya, untuk meminta ajar syahadah. Masa itu rebaah saya, lemaah kaki rasa tidak mampu lagi berdebar. Saya dan suami menagis di luar, manakala ibu dan ayah Madiha masuk ke dalam.

Saya seperti separuh giula menjeerit-jeerit nama Basit. Anak-anak saya menelefon juga tidak dijawab.

Disebabkan saya menjeerit dan memangil-mangil nama Basit, hampir semua orang di bilik-bilik lain keluar menjengah.

Ada juga jururawat yang datang dan papah saya perlahan masuk ke bilik Madiha. Saya tengok kulit Madiha yang putih berseri mula bertukar puucat leesi.

”Dia lah menantu dari syurga !!!”

Dia menangis di atas lantai. Suami saya dan ayah Madiha nampak mengumpulkan kekuatan mereka untuk memberikan semangat kepada Madiha.

Saya yang awalnya rasa begitu maraah kepada Basit kerana tak mahu menjawab telefon sewaktu Madiha naazak, berubah jadi malas nak cakap apa-apa. saya letih. letih kerana menagis.

Lepas urusan h0spital selesai, kami bawa jenaazah Madiha ke Terennganu. Kami bertolak jam 3 petang. Alhamdulillah, kami sampai jam 8 malam.

Sampai sahaja, kami tengok jiran tetangga Madiha dah berkumpul untuk uruskan jenazah. Kami terus mandikan jenaazah.

Atas permintaan Basit, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk sebelum mandikan Madiha, kafaankan Madiha. Semua tak sampai pun 10 orang. Termasuk saya, anak sulung dan anak bongsu saya.

Basit turut mandikan jenaazah Madiha. Dia memegang getah paip dan dihulurkan kepada setiap bahagian yang dimandikan.

”Dia lah menantu dari syurga !!!”

Abang minta maaf sebab abang sahaja yg tertingggal di sini. Abang akan sentiasa rindukan sayang.

Tolong lah bahagia di sana. Tunggu abang di sana, sehingga satu hari yg lain, kita akan berjumpa.

Itu lah lebih kurang ayat yang Basit sebutkan semasa kami sibuk kafaan kan Madiha. Cincin kahwin Madiha, Basit balut dalam kain batik yang digunting kecil.

Kemudian, dia selitkan di ikatan kafaan Madiha. Sebelum kami bawa keluar Madiha, Basit ciium lama jenaazah Madiha sebagai tanda pengh0rmatan terakhir kepada isterinya. Suasana sayu di rumah itu.

Selepas solat [email protected], ayah Madiha jadi imam. Keadaan bertambah sayu bila ayah Madiha sebak dalam solat.

Jemaah juga seakan-akan menghayati situasi itu. Tapi, keadaan semakin ke tengah malam, kami segerakan untuk kebumikan Madiha.

”Dia lah menantu dari syurga !!!”

Saya biarkan sahaja, sebab masih marah Basit tidak datang ke bilik Madiha sewaktu Madiha remaja.

Masa itu juga hati saya terusik, saya terfikir, anak saya dalam keadaan yang sedang diuji dengan hebat sekali.

Patutkah saya juga bermain em0si dengannya? Berbaloi kah saya marahkan Basit kerana tidak menjawab telefon ketika itu? Sedangkan dia lagi sedih daripada saya ketika ini? Lepas makan, saya seorang diri menghampiri Basit.

Saya pandang Basit dari belakang. Saya lihat Basit, saya terimbau zaman kanak-kanaknya. Yang manja dan kuat bermain.

Seingkali balik ke rumah menangis sebab dibuuli kawan-kawan. Saya menjadi sebak dan sayu, tidak menyangka, anak yang saya besarkan sepenuh hati.

Yang saya didik sehingga berjaya dalam hidup sedang dipilih Allah untuk diuji.

”Dia lah menantu dari syurga !!!”

Antara terus mempersoalkan ketentuan Tuhan atau menerima takdir Tuhan. Saya jadi buntu, macam mana mahu pujuk jiwa dan raga anak saya.

Sampailah ilham mencuit hati saya. Saya katakan kepada Basit, bagaimana Madiha mahu menceritakan kehebatan ayah kepada anak-anak kembarmya, jika Basit sebagai ayah masih lagi tidak kuat dengan takdir itu.

Mana mungkin anak-anak Basit nak percaya kata-kata Madiha.

Basit terus diam. Saya terus bagun dan bersiap untuk beli barang nak buat tahlil malam itu.

Tak lama lepas tu, saya nampak Basit duduk makan di meja sambil berbual dengan ipar duianya di dapur. Adik-adik Madiha memang rapat dengan Basit kerana Basit pandai mengambil hati mereka.

Malam itu, Basit nampak bersemangat sekali. Tidak seperti semalam dan pagi itu. Malam itu juga dia ketuai musyawarah kami, uruskan harta peningalan Madiha.

Mungkin jauh di dalam sudut hati anak lelaki saya, dia merindukan anak-anak kembarnya dan berbangga dengan dirinya kerana dapat menjaga Madiha.

Dia yakin, pastinya Madiha menceritakan kisah itu kepada anak-anak mereka. Sudah 7 tahun pemergiian Madiha, saya tak pernah sekali pun ungkit sekali pun tentang kejadian Basit tidak angkat telefon semasa membeli air coke untuk Madiha.

”Dia lah menantu dari syurga !!!”

Saya tidak mahu mengguris hatinya. Tapi baru-baru ini, selepas suruh Basit baca perkongsian yang pertama, saya terus tanya Basit. Ke mana sahaja sebenarnya dia pada waktu itu.

Kata Basit, sewaktu saya tidur di rumah dengan keluarga besan, beberapa hari sebelum Madiha meniingal, Basit dan Madiha sudah membuat perjanjian.

Basit tidak mahu Madiha [email protected] di depan matanya, Madiha pula tidak mahu Basit melihatnya [email protected]

Jadi hari itu, Basit dapat merasakan, waktu pemergian Madiha sudah semakin dekat. Dan dia yakin, Madiha memintanya membeli Cocaa-C0la kerana dia sudah dapat merasakan dia akan pergi dalam masa terdekat.

”Dia lah menantu dari syurga !!!”

Kata Basit, dia turun semula ke bilik Madiha dan lihat bilik Madiha seolah-olah sudah kosong daripada d0ktor dan jururawat.

Masa itu dia yakin, semuanya sudah ‘selesai’. Masa itu lah, dia kumpul kekuatan untuk masuk dan lihat sendiri.

Saya juga bertanyakan sekali lagi tentang mimpi Madiha berjupa dengan lelaki misteri di bawah pokok yang menghalang Madiha masuk ke sebuah rumah, Basit masih menjawab jawapan yang sama.

Dia tidak akan memberitahu sesiapa atas permintaan Madiha.

Beberapa minggu selepas pemergian Madiha, Basit keluar dari rumahnya dan kembali berjumpa dengan saya.

Katanya, dia tidak mampu melupakan kenangannya bersama Madiha di rumah itu. Rumah tersebut kini disewa oleh sekumpulan jururawat di h0spital tempat Basit bertugas.

”Dia lah menantu dari syurga !!!”

Tiada lagi yang ketul lesung nak goreng nasi pagi-pagi. Tiada lagi yang nak ambil menu kami untuk masakan esk hari.

Kini, cuma ada, dua orang pesara yang banyak habiskan masa membaca buku dan tengok tv.

BACA:

LHDN tarik balik rayuan cukai, Nooryana Najib selesai bayar cukai RM10.3 juta

Ini kawasan di Perak yang terjejas dengan banjir

Pejabat Kementerian di Putrajaya diarah kemas barang, parlimen bakal bubar tak lama lagi..