Derma Darah Boleh Jadi Gemuk , KKM ‘Dedah’ Fakta Sebenar

Derma Darah Boleh Jadi Gemuk , KKM ‘Dedah’ Fakta Sebenar

Derma Darah Boleh Jadi Gemuk , KKM ‘Dedah’ Fakta Sebenar.Menderma darah merupakan amalan yang digalakkan kepada masyarakat. Hal ini kerana, setiap beg darah yang didermakan mungkin boleh menyelamatkan nyawa banyak orang.

Pun begitu, sering kali kita dengar momokan bahawa derma darah boleh mengakibatkan kegemukan. Hal ini sedikit banyak mengundang perasaan ragu-ragu bagi individu yang berniat menyumbangkan darah mereka.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Twitter rasmi menyangkal mitos yang telah sekian lama berlegar dalam masyarakat kita, pada masa yang sama menyeru orang ramai untuk menderma darah buat Keluarga Malaysia.

Menurut KKM, derma darah sebenarnya tidak menyebabkan kegemukan, malah sebaliknya mampu membakar sehingga 650 kalori dalam badan penderma. Pun begitu, derma darah tidak semestinya cara yang wajar digunakan untuk menguruskan badan.

Selain dapat membakar kalori, individu yang menderma darah di Pusat Darah Negara (PDN) atau mana-mana hospital kerajaan layak mendapat keistimewaan termasuk rawatan pesakit luar, rawatan perubatan dan perkhidmatan wad kelas kedua secara percuma, mengikut kekerapan menderma.

BACA: Ria Ricis Dikecam Burukkan ‘Title’ Ustazah Oki Setiana Dewi

COMMENTS