Dera anak angkat, sepasang suami isteri didenda RM20,000

Dera anak angkat, sepasang suami isteri didenda RM20,000. Tular sepasang suami isteri mendera kanak-kanak berusia empat tahun, oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi kerana melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Sebelum itu, pasangan itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim, Effandi Nazila Abdullah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, Amira Hamzah, 28, dan warga Singapura, Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Amira yang tidak diwakili peguam turut merayu pengurangan denda dan mendakwa beliau tidak mempunyai niat untuk melakukan perbuatan mendera itu.

“Saya memohon maaf dan tiada niat mendera. Saya memang pukul tetapi saya mahu dia makan untuk mengelak dia kurang nutrisi,” katanya.

Dera anak angkat, sepasang suami isteri didenda RM20,000

Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid dalam hujah pemberatan, berkata tertuduh tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga mangsa.

“Kanak-kanak berumur sedemikian perlu diberi perhatian dan kasih-sayang. Kecederaan yang dialami mangsa ini berlaku pada banyak anggota badan dan bukannya di satu bahagian badan sahaja.

“Ini boleh menyebabkan trauma selama seumur mangsa. Tindakan tertuduh lebih kepada bukan mendidik namun ia satu perkara yang dianggap tidak adil dan dianggap zalim,” katanya.

Sementara itu, di mahkamah sama Muhammad Fitri, turut didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tinggal lebih tempoh dibenarkan di negara ini di lokasi sama jam 2.30 pagi pada 22 Julai lalu mengikut Seksyen 15 (1)(c) akta imigresen 1959/63 pindaan 2002 (akta a 1154) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati kejadian disebabkan mangsa yang tidak suka makan nasi dipaksa untuk menelan nasi sehingga termuntah.

Mangsa dikatakan, dipukul oleh pasangan terbabit dengan menggunakan penyangkuk baju, kayu penyapu dan kadang kala dicucuh dengan pemetik api.

Kata Mohd Zaid lagi, ibu kandung mangsa adalah seorang warga Indonesia dan kelahirannya tidak didaftarkan dan tiada dokumen pengenalan diri.

BACA:

Akhirnya Tommy Thomas perincikan apa yang berlaku dalam tuntutan Sulu

BINGKAS : Bantuan kewangan RM3,600 disediakan bagi tangani kos sara hidup

Beberapa pemaju perumahan terbengkalai dapat tempoh pengecualian