Dengan Semputnya” Gadis Menangis, Kena Scam Dengan “Joy Buyer”

Dengan Semputnya” Gadis Menangis, Kena Scam Dengan “Joy Buyer”

Dengan Semputnya” Gadis Menangis, Kena Scam Dengan “Joy Buyer”.Sejak pandemik COVID-19 melanda, ramai yang mula bergiat mencari rezeki dengan menjual pakaian bundle menerusi dalam talian. Kebiasaannya, penjual akan mempromosikan jualan mereka melalui live di media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.

Namun, bukan mudah untuk mendapatkan pembeli sehingga kadang-kadang membuatkan penjual berputus asa. Dalam masa yang sama, wujud juga ‘joy buyer‘ atau individu yang bersungguh-sungguh booking pakaian, tetapi sebenarnya tidak serius untuk membelinya.

Situasi itu dialami oleh seorang gadis yang menjual baju tidur bundle beberapa hari yang lalu.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh kakaknya, @Aqish37 di TikTok, gadis tersebut dilihat menangis kerana terlalu sedih dan kecewa dengan sikap joy buyer tersebut.

“Penat aku buat live, dengan semputnya tapi orang senang-senang je joy

@aqish37lumrah seller online😢.. bertabah la adik @lemary.bundle #fyp #fypシ #bundle #pyjamas #joybuyer♬ original sound – aqish37

“Kalau jual sehelai dua tak kisah, tapi sebab banyak gila kot dia ambik tadi,” katanya.

BACA: Suami Bakar Isteri Hamil Dengan Minyak Petrol kerana tolak Permintaan Buat Hubungan Kelamin 5 Kali Sehari

Menurutnya, individu tersebut mahu membeli (lock) lima helai baju, namun akhirnya menghilangkan diri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasibnya dan mendoakan agar diberikan rezeki yang melimpah ruah selepas ini.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/29/video-penat-aku-buat-live-dengan-semputnya-gadis-menangis-kena-scam-dengan-joy-buyer/

BACA: Rumah “tebakau’ di jual dengan harga RM1.7 juta

COMMENTS