Demi penuhi hajat nak tengok buaya ‘rare’, anak sanggup pikul ibu 87 tahun naik bukit curam

Demi penuhi hajat nak tengok buaya ‘rare’, anak sanggup pikul ibu 87 tahun naik bukit curam. DUA anak sanggup memikul ibu mereka yang sudah tua bagi memenuhi permintaan untuk menyaksikan fenomena luar biasa bunga Neelakurinji, yang mekar hanya sekali dalam 12 tahun.

Mereka bukan sahaja memikul ibu berusia 87 tahun itu dengan berjalan kaki, malah mendaki bukit yang curam.

Kedua-dua anak lelaki itu berasal dari Kerala, India dan berjalan jauh untuk melihat fenomena bunga tersebut di Ghats Barat.

Wanita berkenaan, Elikutty Paul, yang menghidap penyakit berkaitan usia memberitahu salah seorang anaknya bahawa dia mahu melihat fenomena bunga itu yang sedang mekar.

Tanpa berfikir panjang, anak lelakinya Rojan dan Sathyan membawanya menaiki jip dan mengembara hampir 100 kilometer (km) untuk sampai ke bukit Kallipara berhampiran Munnar.

Demi penuhi hajat nak tengok buaya 'rare', anak sanggup pikul ibu 87 tahun naik bukit curam

Bagaimanapun, setiba di sana barulah mereka sekeluarga menyedari bahawa tiada jalan bermotor ke puncak bukit bagi menyaksikan bunga tersebut.

Enggan berputus asa untuk memenuhi permintaan tersebut, kedua-dua anak lelaki itu kemudian memikul ibu mereka dan berjalan sejauh 1.5km ke puncak bukit.

Neelakurinji (Strobilanthes kunthiana) merupakan bunga yang jarang ditemui di seluruh Ghats Barat dan mekar hanya sekali dalam 12 tahun di satu kawasan tertentu.

Lokasi berbunga Neelakurinji yang paling terkenal ialah bukit Munnar di daerah Idukki, kali terakhir berlaku pada 2018, sejurus selepas banjir Kerala yang dahsyat.

Neelakurinji dapat disaksikan di Munnar, yang hanya akan berlaku pada 2030.

BACA:

Danny X-Factor kini jadi pemandu grab, “asalkan halal..”

‘Tetap King selamanya’ – Myvi eksiden pun tetap dijadikan pameran

Badan pengkaji politik dedah rahsia untuk parti politik menang