Definisi sebenar penunggang agama

Definisi sebenar penunggang agama

Definisi sebenar penunggang agama.FILEM Midnight Mass bukan siri seram sembarangan. Naskhah ciptaan sutradara profilik, Mike Flanagan yang sebelum ini begitu disanjung menerusi siri, The Haunting of Hill House sekali lagi mencipta fenomena dan magis tersendiri.

Panjang siri ini hanya tujuh episod dan walaupun naratifnya agak perlahan, sarat monolog meleret dan tidak banyak jumpscare, penulis menghabiskan naskhah seumpama sekali lalu.

Begitulah penangan Mass Midnight yang bukan hanya cuba mengangkat atau mengkomersialkan naratif berakarkan apa yang selalu di rumah ibadah penganut Kristian iaitu gereja.

Bahkan, kisah yang diterjemahkan juga mencerna rasa hormat terhadap agama lain yang sering diapi-apikan sebagai kepercayaan yang memperjuangkan semangat teroris di mata orang Barat iaitu Islam.

Tunggang agama

Definisi

Dari satu sisi, siri berkenaan memberikan makna terhadap istilah penunggang agama yang cukup sensasi buat orang Malaysia.

Pujian harus diberikan kepada produksi Midnight Mass yang berjaya melahirkan plot yang sangat mengagumkan, permainan karakter yang begitu mencengkam, aspek teknikal seperti sinematografi dan efek bunyi yang top-notch dan banyak perihal lain dijayakan dengan sempurna.

Jangkaan siri ini akan menjadi sangat menyeramkan barangkali seperti Haunting of Hill House ternyata meleset kerana hanya boleh dibilang dengan jari ada penampilan makhluk seram.

Selain itu, kandungannya diperkuat dengan penceritaan yang cukup bergaya.

Karakter utama iaitu biarawati, Bev Keane lakonan Samantha Sloyan dan paderi, Father Paul Hill (Hamish Linklater) membukti bahawa manusia boleh menjadi terlalu taksub kepada agama sehingga membelakangkan Tuhan demi kepuasan yang dibutakan nafsu.

Karakter Bev sangat menyakitkan hati. Bayangkanlah benda sudah terang-terang salah di sisi agama, dia tetap dengan pegangan kufurnya.

Naskhah ini juga memberi nafas baharu tentang representasi orang Islam dalam area Hollywood. Acapkali, Islam dikaitkan dengan perihal keganasan, namun menerusi watak Sheriff Hassan, pengarah membuktikan ada sisi yang telah diperbetulkan.

Representasi Islam

Sheriff Hassan yang dijayakan oleh pelakon berbakat besar, Rahul Kohli memberi simbolik Islam bukanlah agama yang bersikap inklusif bahkan sangat terbuka.

Dialog-dialog Sheriff sangat signifikan terhadap senario yang sering diberikan orang Barat terhadap Islam. Lakonan yang sangat masterclass!

Buat penulis, Midnight Mass tergolong antara naskhah hebat yang pernah dibikin untuk tahun 2021. Penceritaannya sangat membuka mata, barisan pelakon yang menjayakan siri ini semua tahu akan peranan masing-masing dan kalau mahu tonton kisah penunggang agama versi Hollywood, Midnight Mass ternyata ada jawapan dan pengajaran yang ingin diberikan.

Ingat, siri ini bukan sepenuhnya tentang hantu atau kisah seram tetapi lebih membawa penonton bagaimana ketaksuban mengejar agama dalam kepura-puraan boleh menjadi asbab kehancuran manusia sejagat.

Sumber: KOSMO

BACA: (Video) Viral di TikTok, Pengiring Pengantin Cantik dengan Firecrackers Seperti Model

COMMENTS