Datuk Seri Nicky ‘bapak scammer’ masih bebas, berita tangkapan tak benar – Ayob Khan

Datuk Seri Nicky ‘bapak scammer’ masih bebas, berita tangkapan tak benar – Ayob Khan

Polis Johor hari ini mengesahkan berita penangkapan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang dipercayai dikehendaki untuk siasatan sindiket pengubahan wang haram dan kesalahan kumpulan jenayah terancang baru-baru ini, adalah palsu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya masih meneruskan usaha-usaha mengesan suspek itu dengan kadar segera untuk membawanya ke muka pengadilan.

“Pihak polis Johor ingin menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menularkan ataupun menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan, di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai berita penangkapan Liow yang tular sejak semalam menerusi media sosial.

Ahad lepas, Ayob Khan dipetik sebagai berkata pihaknya sedang mengesan suspek berumur 33 tahun itu.

Alamat terakhir Liow ialah di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor dan merupakan pengasas Winner Dynasty Group dan suspek dikehendaki untuk siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Suspek dipercayai terbabit dalam sindiket yang terlibat dengan banyak penipuan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/567897

COMMENTS