Dari TikTok dan kini ke dunia filem

Dari TikTok dan kini ke dunia filem

Dari TikTok dan kini ke dunia filem.Penyanyi lagu parodi bersuara emas Azman Naim yang baru-baru dicari Istana Johor kerana Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor terpikat dengan nyanyian beliau kini diburu penerbit drama dan pengarah filem pula.

Malah beliau sudahpun bersetuju berlakon filem arahan pengarah terkenal Mamat Khalid.

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Tidak setakat itu, anak kelahiran Kulai, Johor ini turut menerima tawaran menjadi penyanyi tetapi belum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

Azman, seorang usahawan yang gemar menyanyi, sebelum ini mendapat perhatian Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail apabila instastory parodi beliau menyayi lagu mengenai MySejahtera menggunakan rentak lagu My Way menjadi viral.

TikTok

Beliau sudahpun menghadap Tunku Mahkota Johor bukan sekali tetapi tiga kali setakat ini.

Azman mendedahkan ketika menghadap TMJ, mereka bukan sahaja berbincang tentang minatnya itu tetapi juga hal ehwal semasa terutama bersangkutan pembangunan rakyat negeri Johor.

Baginda turut menyatakan suka dengan pendekatan saya menggunakan media sosial untuk ketengahkan isu rakyat.

Saya terharu dan bangga bukan kerana diri saya semata-mata sebaliknya bangga kerana pandangan serta pendapat saya diambil serius oleh baginda, katanya.

Berita Penuh : https://updatesmalaysia.com/dari-tiktok-ke-istana-dan-kini-ke-dunia-filem/

BACA: Lukis Stesen KTM Guna Microsoft Excel, Hasilnya Buat Netizen Tergamam

COMMENTS