Dapatkan roadtax kereta percuma, ini syarat dan cara mohon

Dapatkan roadtax kereta percuma, ini syarat dan cara mohon. Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak oku.

Memetik satu perkongsian di laman facebook Akhi Akmal. Bukan untuk oku sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon.

Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.

Sebab ramai yang tanya insuran kena bayar jugak ke. Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma.

Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma. Roadtax sahaja, bukan INSURAN.

Dapatkan roadtax kereta percuma, ini syarat dan cara mohon

Contoh, Ali ada anak oku berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu. Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.

Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya. Bawa dokumen original dan salinan 1 keping.

1.kad oku
2.ic oku
3.ic waris
4.lesen waris
5.geran
6.isi borang permohonan di kaunter JPJ

Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya oku tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.

Syarat
1.ada lesen memandu
2.kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja
3.hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

BACA:

Ibubapa OKU tiada pekerjaan, hasrat pelajar cemerlang sambung IPTA tak kesampaian

Kena cerai kerana tidak bergelar doktor

SJKP : Skim beli rumah hingga RM400 ribu, ini syarat dan cara mohon