Dakwaan pelanggaran SOP di taman tema kini di siasat polis

Dakwaan pelanggaran SOP di taman tema kini di siasat polis

Dakwaan pelanggaran SOP di taman tema kini di siasat polis.Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah taman tema, di sini, yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima video berdurasi 13 saat yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, ‘Rizal Hakimm Punyer’ berhubung kejadian itu.

“Terdapat seramai 3,513 pengunjung yang direkodkan berada di kawasan taman tema berkenaan pada Sabtu lalu iaitu tarikh dinyatakan kejadian terbabit berlaku.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kawasan taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.

 

Memetik laporan portal Harian Metro “Bagi kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 pula adalah seramai 20,000 orang pada satu-satu masa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Fairus berkata, semakan dilakukan mendapati tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun polis akan menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya jika wujud pelanggaran SOP.

“Kami amat mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu.

Baca:Mayat ibu, tiga anak ditemui Masih berpelukan dalam kebakaran

COMMENTS