Dakwaan guna buruh kasar, Ferrero Rocher nak boikot minyak sawit daripada Sime Darby

Dakwaan guna buruh kasar, Ferrero Rocher nak boikot minyak sawit daripada Sime Darby. Sebuah berita yang menggemparkan apabila syarikat penawar coklat Itali iaitu Ferrero dilaporkan mahu berhenti mendapatkan bekalan minyak sawit daripada Sime Darby Plantation selepas terdapat pihak berkuasa Amerika Syarikat yang mendakwa syarikat ini menggunakan kerahan buruh paksa.

Tindakan terbaru yang dilakukan baru-baru ini dikatakan seiring dengan usaha Ferrero yang menyokong hak asasi manusia. Setakat ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat turut mengesan sekitar enam syarikat termasuk Sime Darby yang menggunakan perkhidmatan buruh paksa.

Dakwaan guna buruh kasar, Ferrero Rocher nak boikot minyak sawit daripada Sime Darby

 

Sebagai rekod, syarikat Ferrero sangat bergantung kepada penggunaan minyak sawit di mana 85% minyak sawit yang digunakan syarikat mereka merupakan dari Malaysia.

Dalam pada itu, syarikat ini memilih untuk menghentikan pengambilan minyak sawit daripada syarikat Sime Darby bermula 6 April dalam mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Malah, syarikat ini dilaporkan telah menghentikan penggunaan minyak sawit dari Malaysia sejak Januari 2021 buat produk keluaran mereka yang dipasarakn di Amerika Syarikat.

 

Untuk pengetahuan, Ferrero merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam menawarkan seleksi coklat pilihan ramai seperti Ferrero Rocher, Ferrero Rondnoir, Nutella, Kinder Bueno dan Kinder Joy.

BACA:

Senarai kategori yang akan terima bantuan raya RM250 hingga RM500

Syed Saddiq mohon maaf kepada Yasin Sulaiman

Harga tiket bas naik mendadak sehingga 20% menjelang aidilfitri