Dah nak habis makan baru perasan bangkai cicak, gadis ini rasa nak muntah

Dah nak habis makan baru perasan bangkai cicak, gadis ini rasa nak muntah. Seorang gadis bersama-sama dengan rakannya telah membeli makanan pecel ayam dan sambal pedas secara ‘take-away’ untuk hidangan makan malam mereka.

Ketika sedang asyik menjamu selera dan ketika hampir habis makan, seorang daripada mereka menyedari ada sesuatu yang pelik pada sambal.

Alangkah terkejutnya dia dan rakannya apabila mendapati benda itu adalah seekor cicak yang sudah mati ditemui pada sambal yang telah digaulkan bersama nasi dan lauk ayam goreng di dalam bungkusan makanan mereka.

Gadis itu dan rakannya berasa trauma, jijik, dan rasa mula nak muntah kerana mereka sudahpun memakan makanan itu dengan agak banyak dan hampir habis.

Tidak dapat dipastikan macam mana cicak itu boleh berada bersama dengan sambal makanan mereka, kemungkinan terjatuh dari siling atau apa dan tidak disedari ketika makanan itu disediakan.

Dah nak habis makan baru perasan bangkai cicak, gadis ini rasa nak muntah

Gadis ini kemudiannya memuatnaik video cicak dalam sambal itu ke media sosial dan perkongsian video itu telah mendapat lebih 4 juta tontonan.

“Trauma makan pecel,” tulisnya gadis ini.

Hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu bagaiaman perasaannya apabila membeli makanan dari luar dan selepas hampir habis makan baru menyedari ada ‘perisa tambahan’ yang tidak diingini berada di dalamnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa jijik mereka melihat bangkai cicak itu yang sudah digaulkan dengan sambal makanan tersebut. Ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang pernah mengalami keadaan yang hampir sama, ada yang pernah mengalami pengalaman menemui cicak, lalat, lipas dan lalat dalam makanan.

Semoga peniaga-peniaga yang menjual makanana di luar sana akan sentasa memastikan makanan dijual mereka berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dimakan. Jika makanan dijual kelihatan bersih, dan sedap dimakan sudah pasti akan menarik lebih ramai pelanggan datang.

BACA:

Berenang ribuan batu setiap tahun, individu ini yang mahu ditemui peguin

Rupanya bekas isteri DDNK bukan calang-calang, ada lulusan MBA

“Ye memang aku”, Sajat mengaku video tular lelaki menari zapin