Dah macam suara ibunya, video anak Shuib undang pujian netizen

Dah macam suara ibunya, video anak Shuib undang pujian netizen. Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian video anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra menyanyi dalam bahasa Mandarin telah meraih perhatian ramai. Talita menyanyikan lagu tersebut untuk persembahan di sekolahnya esok.

Shuib meminta Talita menyanyikan lagu tersebut dan meminta warganet cuba menterjemahkan lagu nyanyian Talita. Wah, pandai sangat Talita menyanyi dan ramai menyatakan suara Talita sangat serupa dengan arw4h ibunya.

Ramai juga yang telah memberi terjemahan lagu tersebut di ruangan komen. Menurut mereka lagu tersebut merupakan lagu perbualan di telefon antara dua orang rakan. Ada juga yang meminta Talita menyanyikan lagu Mandarin yang lain.

Dah macam suara ibunya, video anak Shuib undang pujian netizen

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 20 ribu tanda suka daripada warganet. Diharap selepas ini Shuib kongsikan pula video Talita bercakap dalam bahasa Mandarin pula. Mesti seronok didengar.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai menyatakan suara Talita menyanyi persis suara arw4h ibunya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Sebiji suara arw4h ibu nya.. Nak tgok persembahan talita Nanti post tauu . Mesti bestt.. My fav pre school chinese song.. “

” Goodluck Talita.. Sedapppppp agt suara awak.. suaramu waris ibumu talita.. baiknya tutur kata dia.. cantik talita.. “

” Suara talita macam ibu.. Dia sebut ni yao shen ma ke.. tu maksud mcm dia buat apa.. kalau ni zai shuo shen ma tu kau cakap apa.. haa tu la sesekiit paham.. “

” Comel je talita.. Macam suara arw4h ibu.. Lagu dua orang kawan sedang berbual di telefon, tajuk lagu, Liang Ge Xiao Wa Wa.. “

” Ade suara macam arw4h ibu dia.. Aku perasan en anak shuib ni semua kelakar2 org nya boleh ganti ayah dia ni.. “

” Suara dia mcm ibu dia. ada sengau sengau sedappp. nak request nanyi lagu super idol zhe shang haooo.. good luck.. “

” Pandai nye talita Aunty tau wei wei wei tu hello hello hello, Ni zai shuo shenme maknanye tu awak ckp ape ? Or what are you saying ?.. sikit lebih kurang gitu la kalau tak s1lap. Hehehehe.. “

Kalau dari kecil sudah ramai menyatakan suara Talita sedap seperti ibunya. Tidak mustahil apabila dewasa nanti Talita bakal menjadi penyanyi hebat seperti ibunya kan. Semoga Talita berjaya memberikan persembahan yang terbaik di sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

BACA:

Pelakon kena tipu ‘ayahanda’, tuntut RM8.58 juta

Duit Putera Arab dan dua syarikat masuk dalam akaun Najib

Wanita terjatuh dari jambatan, jubah jadi penyelamat