Kita Dah bagi jawatan KM , mereka sendiri yang jatuhkan

Kita Dah bagi jawatan KM ,  mereka sendiri yang jatuhkan

Dah bagi jawatan KM kepada umno, tapi mereka sendiri yang jatuhkan.Pengarah Pilihan Raya (PN) Datuk Seri Azmin Ali itu berkata UMNO sudah diberikan jawatan nombor satu untuk mentadbir kerajaan negeri Melaka tetapi sebaliknya mereka masih berebut kuasa sesama mereka sendiri.

sehingga mengakibatkan berlakunya satu lagi krisis politik dalam negara.

“Yang jatuhkan mereka (UMNO), mereka juga… Ini yang rakyat marah,” katanya semasa dalam satu program PN di Melaka hari ini.

Menurut Azmin krisis politik tidak ini sepatutnya tidak berlaku pada ketika negara masih berdepan penularan pandemik Covid-19 dan PRN akan mengulangi episod sama yang berlaku di Sabah.

“Musuh kita bukan sesama kita, musuh kita adalah Covid,” katanya lagi.

Jawatan

Beliau juga membidas tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri dan menggesa supaya rakyat tidak melakukan kesilapan sekali lagi dengan memilih parti yang hanya mementingkan dan sibuk berebut kuasa.

“Kalau dia nak bergaduh sesama dia, lebih baik bagi kita jadi Ketua Menteri,” katanya.

Krisis politik ini berpunca daripada bekas KM Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga bekas (ADUN) Sungai Udang mengetuai gerakan menarik sokongan terhadap kerajaan dipimpin Sulaiman.

Susulan tindakan tersebut menyebabkan kerajaan negeri jatuh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Tiga ADUN lain yang turut mengumumkan menarik sokongan ialah ADUN Pantai Kundor (UMNO), Datuk Nor Azman Hassan; Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Oleh sebab pembubaran itu telah berlaku Maka (SPR) pada 18 Oktober lalu, memutuskan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini dengan kempen selama 12 hari bermula selepas perisytiharan calon pada 8 November sehingga jam 11.59 malam 19 November.

 

Baca :Wanita terima mas kahwin RM1.5 juta dari suaminya

COMMENTS