Cubaan Seorang lelaki bunuh diri gagal

Cubaan Seorang lelaki bunuh diri gagal

Seorang lelaki cubaan bunuh diri gagal.Pasukan bomba berjaya memujuk seorang lelaki yang cuba terjun melalui menara pencawang elektrik di Jalan Kampung Melayu, di sini hari ini.

Memetik laporan Dari portal Sabah post, Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai cuba membunuh diri menerusi pencawang elektrik berkenaan namun, sempat diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima laporan mengenai cubaan membunuh diri di menara pencawang elektrik itu pada 12.12 tengah hari dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki berada di menara pencawang elektrik berkenaan.

“Pasukan bomba berjaya memujuk mangsa supaya turun sendiri melalui tangga dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi tamat pada pukul 12.50 tengah hari,” katanya

Baca: Pengurus restoran disimbah sup panas

COMMENTS