Covid-19 kembali 4 angka, 1,304 kes baru

Covid-19 kembali 4 angka, 1,304 kes baru

Sebanyak 1,304 kes baru telah dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 45,095 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan rekod baru 11,822 kes.

Status ringkas Covid-19:

Kes sembuh=900
Jumlah kes sembuh=32,969 kes
Kes baru positif=1,304
(kes import=4, kes tempatan=1300)
Jumlah positif=45,095 kes
Kes kematian=1
Jumlah kes kematian=304 kes
Kes dirawat di ICU=96 kes
Bantuan Alat Pernafasan=39 kes

Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes (42.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 567 kes iaitu peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding 224 kes positif semalam.

Selangor melaporkan 364 kes pada hari ini (27.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 202 kes (15.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan pada hari ini.

Daripada 567 kes yang dilaporkan di negeri-negeri di Lembah Klang, sebanyak 488 kes (86.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster.

Daripada 1,304 kes baru pada hari ini, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Kesemua kes melibatkan warganegara yang tiba dari negara Arab Saudi (3 kes); dan Mesir (1 kes)

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550827

COMMENTS