Covid-19 : 6 kluster baru melibatkan pendidikan di kesan

Covid-19 : 6 kluster baru melibatkan pendidikan di kesan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 1,402 kes (355,224 kes kumulatif, 94.2%);

Kes baharu : 2,078 kes (377,132 kes kumulatif);

Kes import : 13 kes (3 warganegara, 10 bukan warganegara);

Kes tempatan : 2,065 kes [1,885 warganegara (91.3%); 180 bukan warganegara (8.7%)];

Kes aktif : 20,522 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 228 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan : 93 kes;dan

Kes kematian : 8 kes (1,386 kes kumulatif, 0.37%; 8 warganegara).

Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 589 kes (28.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 450 kes (76.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 457 kes (22.0 peratus) dan Kelantan sebanyak 290 kes (14.0 peratus).

Sebanyak 13 kes (0.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (12 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Terdapat lapan (8) kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Selangor dan Sabah, serta satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 19 April 2021:

Jumlah kluster : 1,534 kluster;

Jumlah kluster baharu : 14 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat :1,194 kluster (termasuk12 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Taman Tunku, Kluster Jalan Helang, Kluster Jalan Delima, Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Kunci Air, Kluster Kampung Nyatoh, Kluster Jalan PKNK 1/6, Kluster Jalan Sikamat Lama, Kluster Batu Empat, Kluster Jalan Tun Razak, Kluster DTI Machap Umboo, dan Kluster Lagenda Suria);

Jumlah kluster aktif : 340 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 63 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Duan (62 kes), Kluster Kampung Domis (55 kes), dan Kluster Jalan Sulah 16 (42 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan enam (6) kluster pendidikan termasuk satu (1) kluster sekolah/ institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), empat (4) kluster komuniti, tiga (3) kluster tempat kerja, dan satu (1) kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Berita penuh : https://kpkesihatan.com/2021/04/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-april-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

COMMENTS