Cikgu bertukar jadi Spiderman demi tarik minat anak murid datang sekolah

Cikgu bertukar jadi Spiderman demi tarik minat anak murid datang sekolah

Cikgu umpama lilin sanggup membakar diri untuk menerangi masa depan murid-murid. Kata-kata ini pasti tidak asing bagi semua warga pendidik di seluruh Malaysia, betul tak?

 

Baru-baru ini, seorang cikgu di sebuah sekolah rendah terletak di kawasan pedalaman Sarawak mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi kisahnya bertukar jadi ‘Spiderman’ untuk menghiburkan murid-murid sewaktu tiba di perkarangan sekolah.

Jadi Spiderman, bagi semangat pada pelajar

Cikgu yang juga merupakan seorang ustaz yang dikenali sebagai Muhamad Tarmizi itu telah memuat naik beberapa keping gambar dirinya memakai kostum watak ‘superhero’ terkenal iaitu ‘Spiderman’ sambil mengiringi anak muridnya.

 

May be an image of one or more people and people standing

“Walaupun jauh di pedalaman Sarawak, mereka berhak bahagia. Sempat lah bertukar watak sekejap, Ustaz boleh Spiderman pun kita ‘on’,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurutnya, perkara itu dilakukan semata-mata untuk memberi semangat kepada anak-anak muridnya untuk hadir ke sekolah.

Bukan itu sahaja, seawal pagi lagi cikgu Tarmizi sudah menunggu para pelajar di hadapan pintu sekolah untuk menyambut kehadiran mereka.

Berkat usahanya itu, dapat dilihat kesemua pelajar terhibur melihat gelagat yang ditunjukkan oleh cikgu mereka. Mesti selepas ini mereka lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah.

Sumber:

COMMENTS