China mula tanam durian sendiri, peniaga negara kita melopong?

China mula tanam durian sendiri, peniaga negara kita melopong? Tidak kiralah baka musang king, udang merah atau kampung sekali, rakyat Malaysia tetap berpusu-pusu untuk mendapatkan durian.

Malah trend sebegini membuatkan beberapa restoran makanan segera mengadaptasi durian dalam menu mereka. Antaranya adalah Mekdi yang pernah menawarkan Mcflurry durian D24.

Bukan setakat itu, durian juga telah diinovasikan menjadi pelbagai jenis makanan oleh rakyat Malaysia.

Paling terkenal sekali pasti adalah tempoyak yang selalu dimasak dengan ikan patin ataupun dimakan bersama lada.

Kalau nak unik sikit, ada yang hasilkan burger durian dan durian frappuccino. Senang cerita, durian memang memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan rakyat Malaysia.

China mula tanam durian sendiri, peniaga negara kita melopong?

Walau bagaimanapun peningkatan harga durian dari tahun ke tahun sangat menggusarkan hati rakyat Malaysia.

Pada mulanya harga durian masih lagi munasabah kerana dijual secara longgok ataupun di dalam bakul. Harga mula menjadi agak gila apabila ramai peniaga menjual durian secara timbang.

Hal ini telah memberikan rasa kurang puas hati kepada pihak pelanggan kerana mereka seperti telah ditipu.

Mahu tak mahu peniaga durian terpaksa bergantung kepada pasaran tempatan. Perkara ini memberikan kegembiraan kepada kita semua kerana bekalan durian semakin banyak dan tidak akan habis.

Masalahnya sekarang peniaga masih lagi nak jual guna timbang kilo sehingga membuatkan pelanggan tawar hati nak beli.

Maka peniaga terpaksa turunkan harga dan pelanggan masih lagi tak beli sebab guna timbang kilo.

Tambah parah lagi, China telah mengumumkan bahawa mereka akan menanam pokok durian daripada baka musang king dan duri hitam di ladang seluas 20 hektar. Dengan keluasan tersebut sebanyak 200,000 pokok durian berjaya ditanam bagi memenuhi permintaan domestik pada masa hadapan.

Ini merupakan tamparan hebat kepada peniaga-peniaga durian di Malaysia kerana negara kita adalah pengeksport utama raja buah tersebut ke pasaran China.

Buktinya Malaysia telah mengimport sebanyak 7700 tan durian yang berharga $67 juta kepada China pada tahun 2019.

Itu merupakan angka yang cukup besar dan menjadi asbab peniaga kekal tenang biarpun pelanggan kurang membeli durian di pasaran tempatan.

BACA:

Kak KM menang saman fitnah, ini yang sebenarnya terjadi

Zara Zya atau DSV : Netizen berteka-teki siapa pilihan Shuib

Gaji hingga RM9,607 sebulan, JPA buka jawatan kosong besar-besaran