China didakwa bakal tuntut bulan sebagai wilayahnya

China didakwa bakal tuntut bulan sebagai wilayahnya. Ketua Pengarah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat, Bill Nelson mendakwa China mungkin akan menuntut Bulan sebagai sebahagian daripada wilayahnya suatu hari nanti.

Beliau berkata, perkara itu boleh terjadi sekiranya China menewaskan Amerika Syarikat dalam perlumbaan seterusnya untuk mendarat di Bulan.

Katanya lagi, situasi yang berlaku di Laut China Selatan yang memperlihatkan perluasan aktiviti ketenteraan China ketika ini boleh dijadikan petunjuk apa yang mungkin akan berlaku di Bulan kelak.

”Faktanya, kita kini berada dalam perlumbaan angkasa lepas. Malah ianya benar bahawa kita perlu berjaga-jaga supaya mereka (China) tiada niat terselindung dan ke Bulan kononnya di bawah misi kajian saintifik.

”Ia bukannya sesuatu yang tak masuk akal bahawa mereka mungkin berkata, ”Jauhi, ini wilayah China” suatu hari nanti.

China didakwa bakal tuntut bulan sebagai wilayahnya

”Jika anda meragui perkara tersebut, lihat apa yang berlaku di Kepulauan Spratly,” dakwanya.

China baru-baru ini berjaya menyiapkan pembinaan stesen angkasa lepas baharunya, Tiangong dan menghantar Taikonaut ke sana pada November lepas.

Agensi angkasa lepas negara itu juga merancang untuk melancarkan tiga misi ke bulan dalam tempoh 10 tahun akan datang sebagai sebahagian daripada program Chang’e selepas memaklumkan penemuan mineral di Bulan yang berpotensi untuk digunakan sebagai sumber tenaga baharu.

Nelson juga memaklumkan untuk sedekad yang lalu, program angkasa lepas China menikmati pelbagai kejayaan dan kemajuan besar.

Manakala di pihak Amerika Syarikat pula, NASA berjaya menyelesaikan misi Artemis 1 pada November lepas yang melibatkan penerbangan kapal angkasa Orion tanpa pemandu mengelilingi Bulan. Misi itu mendahului Artemis 3 yang bertujuan untuk mendaratkan angkasawan di permukaan Bulan menjelang 2025.

BACA: 

Belum ada bilionaire sanggup beli rumah ini, harganya super kayangan

Bahaya apabila agama Islam ditukar jadi ideologi