Panas!!! CEO Kumpulan MAHB letak jawatan

Panas!!! CEO Kumpulan MAHB letak jawatan

CEO Kumpulan MAHB letak jawatan. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan perletakan jawatan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, berkuat kuasa 24 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata, Mohd Shukrie telah memutuskan untuk meninggalkan MAHB bagi meneroka peluang lain.

Ceo

Mohd Shukrie mula menyertai MAHB sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Mei 2019, sebelum dilantik ke jawatan CEO Kumpulan pada Mac tahun lalu.

“Sepanjang tempoh beliau berada dengan kami, beliau telah banyak membantu mengemudi operasi dan kewangan syarikat, terutama sewaktu pandemik ini,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Peletakan jawatan Mohd Shukrie menyusul pelantikan bekas Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan baharu MAHB.

“Pihak Lembaga Pengarah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shukrie atas khidmat beliau dan selamat maju jaya,” kata MAHB lagi

Sumber :https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/168304

baca :Idris beri laluan pada anak tempatan di Sungai Udang

COMMENTS