Cara kekal maju dalam bisnes guna platform digital, 4 peniaga kecil kongsi pengalaman

Cara kekal maju dalam bisnes guna platform digital, 4 peniaga kecil kongsi pengalaman

Akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ni hinggalah sekarang disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menyebabkan urus niaga melalui platform e-dagang menjadi norma baharu yang semakin dipraktikkan dalam kehidupan harian.

Perkara itu bukan hanya menyebabkan penerapan e-dagang yang kuat dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, malah mewujudkan segmen pasaran baharu untuk industri berkenaan.

Semasa mesyuarat maya Menteri-Menteri PKS Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) baru-baru ini, Menteri-Menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan PKS di ekonomi-ekonomi APEC ini juga telah membincangkan peluang-peluang e-dagang serta pendigitalan yang kini bukan lagi satu pilihan, tetapi satu kemestian.

E-dagang membantu peniaga tempatan untuk terus berdaya saing walaupun dalam latar belakang situasi ekonomi yang mencabar ini. Jadi ini perkongsian tips daripada peniaga-peniaga Malaysia yang telah berjaya melindungi perniagaan mereka dengan memanfaatkan e-dagang.

1. Gunakan platform yang tersedia

Menurut Pengurus ZM Marketing iaitu Encik Ikram, sejak mulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, beliau telah alami detik sukar bila dia sendiri tak boleh turun padang untuk bekerja. Tetapi disebabkan mahu meneruskan kelangsungan hidup, terpaksalah untuk buat sesuatu.

Salah satu cara yang diusahakan ialah mulai dengan perdagangan baru dan melakukan pemasaran digital. Dan daripada usaha yang telah dilakukan , beliau melihat penjualan meningkat lebih tinggi daripada sebelum pandemik ini berlaku.

“Selain menggunakan iklan Facebook dan Perniagaan WhatsApp untuk berhubung dengan pelanggan, kami menggunakan semua jenis laman web e-dagang seperti Lazada, Shopee, untuk menjual produk kami kepada rakyat Malaysia. Kami juga berada di platform seperti eBay, Amazon, untuk menjangkau pelanggan yang lebih luas di peringkat antarabangsa, “kata Encik Ikram.

2. “Cara marketing kena betul” – Amira Aina

“Saya memilih pasaran digital ni adalah kerana target client saya adalah around 18-35 tahun, dan macam yang kita semua tahu social media ni adalah satu perkara yang hampir semua orang ada. Jadi cara marketing tu kena betul. Digital marketing in our era dah semakin maju. Akibat pandemik ni juga, butik saya mungkin akan kurang sambutan disebakan SOP yang harus kita semua patuh.” kata Amira Aina selaku Pemilik butik Grayce.

Sales beliau juga meningkat jauh lebih tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga lah sekarang. Ini kerana semua orang ada lebih banyak masa terluang di rumah bermain telefon bimbit masing masing.

3. Jual perkhidmatan secara online, selain jual produk
Bukan setakat nak menjual beli barang je, e-dagang digunakan sebagai platform untuk menjual perkhidmatan dalam talian dari sokongan iklan, hinggalah ke reka bentuk grafik.

Selaku pemilik Snapwear.co, Encik Muhaimin berkata, dengan landskap digital, perkhidmatan ini menjadi semakin popular dan ia sangat membantu dalam perniagaan kecil nya.

“Platform e-dagang juga telah membantu saya dalam perkenalkan perkhidmatan cetak baju saya. Kos operasi pun jauh lebih rendah kalau nak dibandingkan dengan kedai fizikal. Sekarang kalau orang nak print baju, just check it out our soacial media je dah boleh tengok design yang mereka nak. Selain tu, dapat juga memperluas kan bisnes saya hingga ke luar sempadan Malaysia.”

Hanya perlu beroperasi dari rumah menggunakan sistem e-dagang bagi memasarkan produk dan perkhidmatan ke seluruh dunia. Pasaran perniagaan pun lebih meluas iaitu serata dunia dan tanpa mengira waktu.

4. Manfaatkan potensi membuat duit di media sosial – MamaGee

Peniaga kecil ini akui terpaksa pelan-pelan kayuh selepas PKP. Biasa paling lama pun dua tiga hari sahaja. Tapi disebabkan wabak yang berlaku di seluruh dunia ni, beliau juga sangat terkesan hingga hampir hilang punca pendapatan.
Beliau yang mengusahakan bisnes makanan iaitu jeruk buah asam boi berkata, kini lebih mudah dengan menggunakan platform social media dan sebagainya. Katanya juga, kita perlu bergerak seiring dengan teknologi yang ada.

Sumber : https://ohbulan.com/4-peniaga-kecil-kongsi-cara-untuk-kekal-maju-dalam-perniagaan-dengan-menggunakan-platform-digital

COMMENTS