Caprice dakwa ‘ramai mangsa berani dedah bukti’ perbuatan sumbang Ust Selebriti

Caprice dakwa ‘ramai mangsa berani dedah bukti’ perbuatan sumbang Ust Selebriti. Sebelum ini, penyanyi rap Caprice, mendedahkan beberapa bukti perbualan di antara pendakwah selebriti yang didakwa terbabit dengan kes lakukan amang seksual sejak Februari dan Julai lalu.

Berikutan pendedahan tersebut, Caprice tidak menyangka lebih ramai lagi mangsa yang berani tampil ke hadapan dan bercerita mengenai apa yang berlaku.

Bawa bukti kepada Bukit Aman

Caprice dakwa 'ramai mangsa berani dedah bukti' perbuatan sumbang Ust Selebriti

Alhamdulillah makin ramai mangsa-mangsa baru sudah berani ke depan. InsyaAllah cap akan bawak bukti-bukti dan laporan mangsa yang baru kepada Bukit Aman unit D11 sebab kebanyakan mangsa adalah budak-budak lelaki bawah umur.

Menurut Caprice, kesemua mangsa merupakan budak lelaki di bawah umur. Oleh itu, dia sendiri akan membawa kesemua bukti tersebut ke Bukit Aman. Tambah Caprice, dia meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia seandainya tindakan yang dilakukan ini menyakiti mana-mana pihak. Jelas pelantun suara ‘Kau Hade’, belum ada siapa lagi yang berani membela mangsa.

InsyaAllah kalau ade siapa-siapa dekat luar sana yang perlu bantuan, just whatsapp me at 0169019035 demi keselamatan dan kemajuan islam di negara kita.

Di ruangan komen, netizen memberi sokongan yang sepenuhnya buat Caprice dan berharap nasib kesemua mangsa akan terbela tidak kira cepat ataupun lambat.

BACA:

Wanita ni selamba ‘payung’ buah masa live..

Pengeluaran Khas KWSP 2022 masih dibenarkan, ini cara memohon

`Bukan saya je kena dakwa, tok mat pun dalam senarai, bagi elak ini BN Wajib Menang’, Zahid kata kenyataan ini disalah tafsir