Cakap pun tak sedap nak jadi penanyi, Awie bagi ulasan padu

Cakap pun tak sedap nak jadi penanyi, Awie bagi ulasan padu. Sejak kebelakangan ini, hangat diperkatakan tentang nyanyian usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima.

Bukan itu sahaja, dua orang ‘influencer’ juga turut dikecam teruk oleh netizen kerana sanggup memalukan diri mereka menerusi video yang tular di internet.

Penyanyi rock legenda, Datuk Awie turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka semua ini yang cuba masuk ke dalam industri hiburan dan mahu bergelar penyanyi.

Dia menyifatkan mereka hanya memalukan nama Malaysia selain mengakui terkilan melihat industri seni dilacuri oleh orang yang tiada jiwa sebagai anak seni.

Jelasnya lagi, golongan ini hanya menggunakan dunia seni untuk kepentingan masing-masing kerana mereka mempunyai wang ringgit.

Cakap pun tak sedap nak jadi penanyi, Awie bagi ulasan padu

Diorang ni bukan kategori penyanyi langsung, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi menyanyi, minta maaflah saya bukan bagus sangat tapi saya sayangkan industri ni.”

Kata Awie lagi, dia sangat berharap agar mana-mana individu yang bukan dalam bidang seni untuk tidak memburukkan nama sendiri serta negara.

Apa yang dimahukan Awie adalah peluang yang sepatutnya diberikan kepada generasi yang betul-betul berbakat dan ingin ceburkan diri dalam industri hiburan tanah air.

@nasrulnuddinnasri Bila Dato’ Awie bersuara. Saya sokong. 👍🏻💯 #DatoAwie ♬ original sound – Nasrulnuddin Nasri

BACA:

Gadis ini selamba angkat setandan kelapa sawit, dah macam tong gas tu

Tetap lancar lagu dangdut dengan Baby Shima, Aliff Syukri jelaskan sebabnya

Pelajar terkilan tidak tahu selama ini pensyarah mereka tinggal dalam khemah