Bungkusan misteri atas kereta bawa padah, tukang masak maut akibat letupan

Bungkusan misteri atas kereta bawa padah, tukang masak maut akibat letupan. Seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dikata dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun dipercayai meletup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.

Bungkusan misteri atas kereta bawa padah, tukang masak maut akibat letupan

“Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

“Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Farouk berkata, letupan itu juga mengakibatkan bahagian hadapan kereta mangsa terbakar.

Bungkusan misteri atas kereta bawa padah, tukang masak maut akibat letupan

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran akibat letupan itu.

“Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Bungkusan misteri atas kereta bawa padah, tukang masak maut akibat letupan

Sejak jam 9.30 malam hingga setakat 1.30 pagi tadi, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Turut berada di lokasi ialah pasukan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pemusnah Bom (URB) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

BACA:

Monyet bawak lari RM5000, habis kecoh satu kampung

Mulai 1 Januari, senarai telefon berikut tidak lagi boleh akses Whatsapp

Dah jadi isteri Dai Syed ni tudung pulak makin singkat, netizen pelik dengan Hana Ismail