Bukit Aman perlu siasat Madrasah, gesa GTA

Bukit Aman perlu siasat Madrasah, gesa GTA. Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat dengan mendalam berhubung madrasah, individu berkepentingan di Jalan Kebun, Shah Alam yang tular ketika ini.

Penggerak Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah menyifatkan isu yang berlaku dilihat merumitkan keadaan terutama rakyat Malaysia yang ingin tahu situasi sebenar.

“Berkenaan isu madrasah, kerajaan perlu pandang lebih serius sebelum ia jadi kes lebih besar lagi. Hari ini kita lihat kes ini ada complicated sikit, ia bukan isu agama Islam tetapi isu keselamatan dan perundangan.

“Jadi saya mintak pihak Bukit Aman (PDRM), tubuhkan satu pasukan khas turun padang siasat habis-habisan apa yang berlaku di kawasan madrasah,” katanya ketika ditemui MEDIA VARIASI, di sini.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) itu juga turut meminta pihak MKN dan SPRM terlibat menyiasat isu berkenaan.

Bukit Aman perlu siasat Madrasah, gesa GTA

“Kedua, saya minta MKN perlu ambil berat isu ini dan SPRM, mungkin ada unsur rasuah untuk melindungi pihak tertentu dalam isu ini, ini yang kita lihatlah.

“Saya difahamkan untuk yuran bulan mencecah RM630 sebulan masuk ke akaun peribadi pengetua bagi seorang penghuni, jika 200 penghuni beratus ribu boleh dikutip secara bulanan.

“Siasatan perlu dijalankan tanpa ada kepentingan kerana ia melibatkan nyawa dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

BACA:

‘Gemuk’ liwat pelajar junior di asrama pelajar lelaki

Pelakon kena tipu ‘ayahanda’, tuntut RM8.58 juta

Duit Putera Arab dan dua syarikat masuk dalam akaun Najib