Buka ruang pekerjaan lokal, Khairul Aming buka kilang Sambal Nyet kedua di Kota Bharu

Buka ruang pekerjaan lokal, Khairul Aming buka kilang Sambal Nyet kedua di kota Bharu.Khairul Aming bukanlah satu nama yang harus diperkenalkan lagi. Aktif menggunakan media sosial untuk berkongsi resipi makanan yang mudah, beliau mendapat perhatian netizen daripada semua lapisan masyarakat.

Maka tak hairanlah apabila di Instagram beliau mempunyai sehingga 3.4 juta pengikut yang mana menjadi platform utama untuk orang ramai mengikuti resepi-resepi yang dikongsikannya terutama di bulan Ramadan.

Selain itu, Khairul Aming juga telah mengeluarkan produknya sendiri dengan pembukaan kilang yang beroperasi di Kelantan. Produk Sambal Nyet merupakan produk pertama dari Khairul Aming yang telah mendapat sambutan para pengikutnya.

Dalam Twitter rasminya, beliau berkongsi tentang perkembangan terkini mengenai Sambal Nyet. Selepas setahun setengah beroperasi, jualan Sambal Nyet telah mencecah 1 juta botol dan menjadikan nilai jualan keseluruhan kini adalah sebanyak RM 14 juta.

Beliau kemudian turut mengumumkan satu lagi berita penting apabila kilang memperoses Sambal Nyet yang kedua akan beroperasi tidak lama lagi.

Buka ruang pekerjaan lokal, Khairul Aming buka kilang Sambal Nyet kedua di kota Bharu

Menurut tweet berkenaan, kilang bersaiz 22,000 kaki persegi itu juga beroperasi di Kelantan.

Sambal Nyet mencetuskan fenomena sejak dilancarkan Januari tahun lepas dengan 10,000 botol terjual dalam masa sehari. Tiga bulan kemudian beliau mencapai jualan RM1 juta yang pertama.

Melihat kepada sambutan orang ramai terhadap Sambal Nyet tersebut, Khairul Aming kemudian mengumumkan pembukaan kilang pertama seluas 14,000 sqft di Kelantan.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti-henti menyokong dan membeli produk Sambal Nyet keluarannya.

BACA:

Generasi ke-7 Mahsuri pulang semula ke Langkawi setelah bergelar ibu

Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy Jamluddin