Budak TikTok jadi penyanyi Peroleh 1 juta tontonan dalam 4 hari walaupon suara ‘kelaut’

Budak TikTok jadi penyanyi Peroleh 1 juta tontonan dalam 4 hari walaupon suara ‘kelaut’

Mungkin selera muzik pendengar muda masa kini sudah berubah. Suara merdu atau tidak bukan lagi persoalannya. Bahkan lirik yang bagus juga bukan pilihan utama pendengar.

Hal ini membuatkan mereka yang mempunyai pengikut yang ramai di media sosial mudah untuk meraih populariti dengan ‘menjual’ bakat walaupun bukan ditahap yang memuaskan.

Peroleh 1 juta tontonan dalam 4 hari

Hal ini samalah seperti lagu dendangan seorang penyanyi baru dikenali sebagai Suekhaizhar apabila muzik video lirik lagu pertamanya bertajuk Aku Budak Girl meraih satu juta tontonan walaupun baru 4 hari sahaja ditayangkan.

Tapi lagi ramai yang dislikes
Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah jumlah dislikes lebih banyak berbanding jumlah penonton yang menyukai lagu berkenaan.

Kebanyakkan netizen menyatakan rasa kurang senang dengan suara Suekhaizhar yang agak ‘kelaut’.

Sampai hati ada orang buat lagu macam ni

Rata-rata komen yang diterima diruangan YouTube Zym Music ini juga kelihatannya lebih banyak negatif berbanding positif selepas mendengar suara nyanyian gadis itu.

Sebahagian daripada netizen mengatakan bahawa lagu tersebut seakan merosakkan industri muzik Tanah Air dan tiada kualiti. Kebanyakkan yang menonton juga sekadar ingin tahu mengapa lagu ini viral sehingga memperoleh jutaan viewers dalam masa 4 hari sahaja.

Sumber:https://ohmymedia.cc/budak-tiktok-jadi-penyanyi-suara-kelaut-tapi-peroleh-1-juta-tontonan-dalam-4-hari/

COMMENTS