Budak skema ini buktikan dia ‘tidak kayu’, buktikan boleh menari

Budak skema ini buktikan dia ‘tidak kayu’, buktikan boleh menari. Tarikan anak muda terhadap budaya dan hiburan berkaitan negara Korea Selatan kini semakin meluas

Sebut sahaja tentang ‘K-pop’, pasti rata-rata di antara kita sudah lama mengenali dan biasa mendengarnya. Kemajuan industri seni di Korea Selatan sangat dikenali di seluruh dunia termasuklah di benua Eropah dan Asia.

Di Malaysia, industri hiburan yang wujud di negara Asia Timur tersebut mudah mempengaruhi minat dan tarikan golongan muda. Lebih menarik lagi, tarikan mereka bukan sahaja pada rupa paras yang cantik dan kacak. Malah, pembawakan dari segi tarian, lakonan dan pengurusan mereka seharusnya layak untuk dibanggakan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang remaja lelaki menari lagu Blackpink di hadapan khalayak ramai telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh di bawah:

Budak skema ini buktikan dia ‘tidak kayu’, buktikan boleh menari

Semangat menari, macam dah hafal rentak dan lagu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jrshrn di TikToknya, ia memaparkan seorang remaja yang ‘galak’ menari lagu Pink Venom oleh Blackpink di hadapan khalayak ramai.

Tariannya itu turut mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan audience. Pergerakan tarian remaja lelaki itu sudah membuktikan bahawa dia ialah ahli ‘Blink’ yang sebenar.

Tonton video dari sudut pandang lain di bawah:

“Satu bukit bintang akan kenal kau dik.” – Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan enjoy dengan persembahan secara sukarela oleh remaja tersebut.

@melonzzneonz D kk ada rose gais,no need to go to korea😭🤣#uitmsabah #uitmdihatiku #mdssabahpadu #kotakinabalu ♬ Pink Venom – BLACKPINK

BACA:

Ustaz Azhar Idrus timang cahaya mata ke-12

Dr Rais Hussin keluar Bersatu

‘Awak ni terdesak duit sangat!’, cikgu tuisyen ini diherdik ibu pelajar sekali ini yang terjadi