Buat pesta pula di rumah, Azhar Sulaiman akui penat nak jaga anak gadis

Buat pesta pula di rumah, Azhar Sulaiman akui penat nak jaga anak gadis. Keluarga pelakon terkenal, Azhar Sulaiman sememangnya kerap menjadi sorotan netizen lebih-lebih lagi melibatkan anak gadisnya, Kasih Iris Leona.

Kongsi keadaan anak berparti dengan rakan2
Namun begitu, perkongsian pelakon itu di ruangan TikTok sekali lagi menjadi tarikan buat netizen untuk meninggalkan komen.

Menerusi video tersebut, Azhar dilihat ‘meluahkan’ kepenatannya perlu menjaga seorang lagi anak gadisnya, Kasih yang sedang berparti bersama serta rakan-rakannya di rumah.

Makan & minum2 dengan member

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dekorasi parti berkenaan yang hanya dihiasi lampu-lampu kecil. Meja makan tempat mereka berkumpul juga dipenuhi dengan minuman dan makanan sambil mereka berborak sesama sendiri.

Buat pesta pula di rumah, Azhar Sulaiman akui penat nak jaga anak gadis

Ujar Azhar seakan berseloroh, dia penat mahu menjaga anaknya apabila isteri tiada di rumah dan meminta agar ‘aktiviti’ tersebut biarlah jadi yang pertama dan terakhir dibuat.

“Bila Kasih buat All Girls Party @ home bila Mommy dia takde…..Penat koi kena monitor wehhh: The 1st. & The Last Ok Kasih!!!” tulisnya ringkas.

Berani betul ayah dia share video

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas berhubung parti yang dibuat di rumah mereka. Walaupun ada yang mengecam kerana merasakan ia tidak wajar dan mengatakan terlihat botol minuman beralkohol, namun masih banyak yang merasakan ia lebih baik daripada berparti di kelab malam.

Mana tidaknya, anak kepada pelakon itu lebih memilih bergembira di rumah sendiri dan dipantau bapa berbanding melakukan tindakan tidak elok di luar sana.

Selamba Azhar share ‘botol kicap’ dalam rumah

Macam ada botol aneh je?

Takpela, no boys, no alcohol kira okey kot

Pakai macam tu depan parents member tak janggal ke?

Buat dekat rumah takpela, bapak pantau

Setiap orang ada kehidupan masing2

Apa-apa pun, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk bertemu dengan rakan-rakan dan mungkin mereka sekadar makan-makan serta mendengar muzik selepas lama tidak berkumpul bersama.

BACA: